Halaman

Selasa, 12 Mei 2009

Rumah KOsong.....



Kerap kali terngiang-ngiang difikiran ku berkenaan "bermulanya" , bila mana terlihat "suatu perkara" yang secara tak sengaja aku terpandangnya. Merangkak dan mengesot untuk meneruskan perjalanan. Begitu banyak duri dan halangan yang perlu dihadapi untuk sampai ke rumah kosong itu.

Lain pula jadinya bila sampai ke tempat yang dituju. Terpaksa memikirkan bagaimana untuk menjadikan rumah kosong itu berfungsi sebagai sebuah rumah yang boleh didiami. Paling tak boleh nak lupa, bila mana rumah kosong itu mengalami beberapa kerosakan kecil yang  perlu diperbaiki lagi. Pada saat itu, sangat lah istimewanya. Dengan masalah kewangan dan ditambah pula masalah untuk mencari bahan pengganti yang terhad kuantitinya, menyebabkan masalah itu bertambah berat. Tapi itu semua tidak mematahkan semnagat untuk berusaha mencarinya.

Terpaksa berjalan jauh, meredah kembali duri dan halangan yang asal agar sampai ketempat yang ada membekalkan bahan berkenaan dikampung sebelah. Kami mengambil iktibar daripada masalah yang melanda dengan mempelajari teknik membuat bahan berkenaan agar bila mana masalah yang sama timbul, kami boleh membuatnya sendiri dan dapat mengurangkan kos perbelanjaan.

Alhamdulillah.... dapat belajar ilmu baru...

orang kata kalau asyik bergantung dengan orang lain sahaja, sampai bila pon tak maju. Jadi kami mengambil inisiatif untuk belajar ilmu "ukur bahan" agar mudah untuk kami "uli" campuran menjadi bahan yang kami mahu.

Sekarang nih, rumah sudah semakin baik. Tapi macam biasa la, nak kena "maintainance" tiap-tiap bulan agar tiada kerusakan besar yang berlaku. Tapi siapalah kita nak "meramal" masa depan. Walaupun kita dah cuba sedaya upaya untuk menjaga rumah tuh, kadang-kadang ada jugak yang rosaknya. Tapi Alhamdulillah... buat masa nih, tiada kerosakan besar yang berlaku.

kami berusaha untuk mengelakkan satu masalah besar yang akan berlaku sekiranya tidak diatasi dari sekarang. Ianya adalah bila mana orang yang "telah belajar" ilmu membuat bahan itu tidak lagi duduk dirumah itu. Dek kerana ingin meneruskan perjalanannya sendiri. Mungkin bersama kelaurga yang baharu ataupun mungkin ingin berhijrah ketempat lain....

3 ulasan:

naqiubex berkata...

Wii.. lama tak pergi ke blog ini..

Kadang kadang bile terlihat rumah begini.. terfikir siapakah yg tinggal disini sebenarnya.. Aish..

al_irsyad berkata...

hhmm.. entah la.

siapakah gerangannya yang tinggai kat umah nih?.

rumah vs hati berkata...

terasa rumah yang dimaksudnya ibarat hati yang perlu sebelum diarajai nafsu(perabot2 mewah)..makin mantap enta dalam jalan dakwah skang..moga terus thabat..wassalam