Halaman

Rabu, 27 Mei 2009

Ziarah

Sekadar gambar hiasan
Bismillahhirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian 'alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. beserta ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabi' dan tabi'in serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup ataupun yang telah meninggalkan dunia ini.
Alhamdulillah...masih lagi diberi kesempatan masa untuk menambah amalan dan meneruskan usaha yang sangat sedikit ini dalam "cuba untuk mencurahkan apa yang ada, dalam membantu agama Allah s.w.t." membantu agama Allah s.w.t.
Menilai dan merenung kembali sirah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. didalam membawa risalah tauhid diatas muka bumi. Halangan dan cabaran yang ditempuh tersangatlah jauhnya jika nak dibandingkan dengan apa yang "sedang cuba" dilakukan sekarang ini.
Pengorbanan yang tiada tolok bandingnya didalam sejarah perjuangan manusia. Walaupun Baginda disakiti, baginda tidak marah malah mendoakan orang yang menyakiti Baginda dengan harapan Allah memberikan hidayah kepada mereka. Alangkah mulianya peribadi yang dimiliki oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Contohnya ketika Nabi s.a.w. datang ke Taif untuk mengajak penduduk Taif menyembah Allah s.w.t. dan meninggalkan sembah berhala. Baginda telah dicemuh malah tubuh badan baginda disakiti sampai berdarah. Reaksi Baginda s.a.w. masih sama iaitu tidak berasa marah pada mereka malah mendoakan mereka supaya dikurniakan hidayah bila mana Malaikat Jibril berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang dia ingin menghukum penduduk Taif. Subhanallah....
Malam yang mungkin berlainan pada malam-malam sebelum. Malam yang penuh dengan pelbagai persoalan dikepala yang menyebabkan keresahan sehingga "menyesakkan" dada. Puas beberapa kali menarik nafas panjang, namun ianya tidak berkurangan juga. Cuba dengan mengigati Allah iaitu berzikir dan istighfar beberapa kali, dan hasilnya menampakkan keberkesanannya. Alhamdulillah... ana teringat sebuah lirik lagu yang berbunyi "dengan mengigati Allah, jiwakan menjadi tenang".
Ku ambil "CD" yang bertajuk "Mari mengembara kealam Barzakh" untuk dimainkan di PC baru yang ayahku baru sahaja membelinya berdekatan dengan tempat kerja. Menghabiskan masa malamku (sehingga jam 12.15) dihadapan PC bagi menamatkan kisah yang ada dalam CD berkenaan. Mungkin ini sebagai ganti kepada CD(original) yang ingin ku tonton sejak seminggu lalu yang bertajuk "Sang Murabbi" milik sahabat ana di Kolej Legenda Mantin, N9.
Trailer "Sang Murabbi" yang ana dapat tonton didalam "Youtube" memang menarik minat ana untuk melihat keseluruhan cerita berkenaan. Lantas pada hari itu juga ana bertanyakan pada sahabat-sahabat terdekat tentang siapa diantara mereka memiliki cerita berkenaan. "Golongan Al-Murobbitun Dakwah" adalah golongan yang sepenuh masa dicurahkan untuk Islam. Mungkin ramai yang boleh separuh-separuh masa sahaja dalam kerja-kerja seperti ini kerana masih terikat dengan kerja mencari rezeki dan mungkin ada juga yang sudah bergiat sepenuh masa dalam kerja Islam.

Tiada ulasan: