Halaman

Selasa, 15 Julai 2008

Peserta senamrobik anjuran MPKB BRI dipastikan tutup aurat

KOTA BHARU, 14 Julai (Hrkh) Keupayaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengurus aduan awam turut menarik minat Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA).

Baru-baru ini seramai 12 kakitangan Bahagian Aduan Awam dan Bahagian Audit Dalaman MBSA yang diketuai Ketua Bahagian Audit Dalaman, Ridzuan Mazlan mengadakan lawatan sambil belajar ke MPKB BRI.

Taklimat mengenai MPKB-BRI disampaikan Pengarah Perhubungan Awamnya, Azman Mohd Daham, manakala berkaitan audit pula disampaikan Ketua Bahagian Audit, Haji Che Mohamad Che Hassan.

Azman berkata, Jabatan Perhubungan Awam MPKB-BRI merupakan jabatan yang penting bertanggungjawab melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan.

Antaranya menganjur Program Sihat Cergas Ceria, Majlis Penerangan MPKB-BRI Bersama Masyarakat, menganjurkan Hari MPKB-BRI Bertemu Pelanggan dan Majlis Muafakat MPKB-BRI Bersama Masyarakat.

Bagi program sihat cegas diadakan sekali sebulan di Taman Perbandaran Tengku Anis Tanjung Chat di mana semua peserta senamrobik disyarat menutup aurat atau berpakaian sopan bagi bukan Islam, katanya.

Manakala majlis muafakat pula diadakan sebanyak tiga kali setahun di tiga kawasan Parlimen yang terletak di kawasan MPKB-BRI iaitu Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian.

Akhir bulan lalu seramai 16 pegawai Badan Dakwah MBSA juga mengunjungi Kota Bharu bagi meninjau peraturan berteraskan Islam yang dilaksanakan MPKB BRI

Sumber

Tiada ulasan: