Halaman

Jumaat, 11 Julai 2008

Rindu sokmo!




Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah...

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. beserta ahli keluarga Baginda, para sahabat, para tabi' dan tabi'in serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Pertama dan selamanya...
marilah kita mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat merasai pelbagai kenikmatan yang memang tidak ternilai harganya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mempertingkatkan amal ibadah kita dalam menunjukkan rasa syukurnya kita diatas nikmat-nikmat yang telah diberikan.

hhmm..

Menjadi Mahasiswa bagi Kumpulan Pendidikan Legenda(KPL), sudah hampir kepada penghujungnya. Lepas ni, dah bukan lagi Mahasiswa di KPL. Pengalaman belajar di KPL memang tak leh nak dapat kat tempat lain, sebab tempat tak sama (hehe..) .

Tambahan pula, orang-orang yang ana pernah kenai semasa di Kolej Legenda nih, mana sama dengan orang-orang kat luar tu (memang la...dah orangnya tak sama.....).

Sekarang nih, sedang dok pikir nak kemana lepas habis ni. Adakah sambung ke peringkat yang lebih tinnggi?. Atau adakah akan ke jurusan yang lain pula?. atau adakah ingin terus bekerja..

hhmm... pening...pening...

Tempat baru akan dapat pengalaman baru.... Tempat lama sudah biasa, jadi peluang untuk lebih baik agak tinggi. hhmm... Tempat baru boleh jadi orang misteri (hehe... macam IM ukhwah.com)

apa-apa pon, memang susah nak tinggalkan suasana yang telah ana lalui ini!!.

Disinilah...
kami Sama-sama bersusah payah...
kami sama-sama berkongsi sedih...
kami berkongsi risau...
kami berkongsi kegembiraan...

Tiada ulasan: