Sesi taklimat bermula.... Bismillahirrahmanirrahim....
Pelajar berserban adalah anak kepada salah seorang ustaz disana, teringin nak join kami punye halaqah....
adik-adik muslimat lebih ramai berbanding muslimin.....hhmmm...nak wat cam mana.... memang slalu camtu...
Bismillahirrahmanirrahim...
Pertama dan selamanya,
Marilah kita sama-sama mengucapkan berbanyak syukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan rahmatnya, kita dapat merasai nikmat Islam dan Iman yang mana, nikmat inilah yang terbesar Allah s.w.t. bagi pada manusia.
Alhamdulillah... akhirnya, dengan izin dari Nya.... dapat juga mencapai hasrat ana dan cik Durah untuk bertemu dengan adik-adik (kem motivasi) di SMAR Rembau. Yang banyak kali terlepas peluang untuk bertemu kerana ada hal yang tidak dapat nak dielakkan.
17 julai 2008, 9.50pagi
Bertolak dari Mantin dengan menaiki 2 buah motorsikal. Ana , Cik Durah dan juga sahabatnya Cik Rahmah. Ketika ini, cuaca dah menampakkan tanda-tanda untuk awan melepaskan airnya ke bumi. Alhamdulillah... kami selamat sampai di sana lebih kurang jam 11.10pagi tanpa terdapat kesan air hujan yang turun, alhamdulillah....kalau tanpa izin-Nya, x jadi camtu.
Ketika sampai, pelajar-pelajar disana sedang "sesi rehat" iaitu dari jam 11.00pagi hingga 11.20pagi. waktu itu jugalah kami gunakan untuk berjumpa dengan adik-adik. Alhamdulillah...tidak mengambil masa yang agak lama untuk dapat memanggil kesemua mereka. Mungkin kerana pelajar-pelajar disana tidak begitu ramai. Ana di fahamkan, kelas untuk tingkatan 3, hanya ada 2. manakala kelas untuk tinggakatan 2, ada le 2 juga (kot) dan tingkatan 1, ada 2 juga. (sikit nyerr...pelajar-pelajar disini...hehe...)
Ana difahamkan, adik2 muslimin "malunya" lebih sedikit berbanding adik2 muslimat (huh...payah gak tu....nak panggil kumpul pon susah..). Tetapi, nakalnya adik2 muslimin nih memang lebih sikit berbanding adik2 muslimat (hehehe... nak wat cam mana..... ).
Adik-adik muslimin (kedudukan start dari kedudukan ana dalam gambar pertama)
1)Rashid
2)Iqbal
3)Hisyam
Adik-adik muslimat (kedudukan start dari kedudukan ana dalam gambar pertama)
1)farhana
2)Tasnim
3)Anati
4)Syazana
5)Fatin
Apa-apa pon, perjumpaan tu tidak berlangsung lama kerana masa tidak mengizinkan. Segala-galanya berlaku dalam masa 10-15minit sahaja. kerana loceng sekolah sudah berbunyi dan mereka terpaksa meminta kebenaran guru kelas untuk keluar sebentar. (terima kasih pada guru-guru yang memberi kesempatan pada ana untuk berjumpa adik2 nih.....).
Yang pasti, ana tidak sempat untuk menyediakan apa2 cenderahati pada adik2 nih untuk kenangan... tapi...Cik Durah ada bawa sesuatu untuk diberikan pada adik2 semua... harap2... barang yang diberikan tu, dapat disimpan denga elok dan sentiasa menjadi kenangan semua.
InsyaALLAH....kalau xde apa2 halangan, bulan 8 nih, iaitu semasa adik2 nih cuti.... ana akan cuba untuk buat perjumpaan yang lama sikit sementara PMR sudah hampir nih....
akhir kata.... CIk Durah ada nak komen??. (hehe...). Cik Rahmah kalau nak komen pon boleh (ada ke??. hehe....)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan