Halaman

Selasa, 29 Julai 2008

Maahad Tahfiz Jugra naik taraf Kolej Tahfiz Sains

SHAH ALAM, 29 Julai - Maahad Tahfiz di Jugra, Banting dinaik taraf sebagai Kolej Tahfiz Sains dan akan dibiayai penuh oleh kerajaan Negeri Selangor bawah Pakatan Rakyat.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Infrastruktur Kemudahan Awam, Dato' Dr Hasan Mohd Ali, Kolej Tahfiz itu akan dibesarkan menjelang tahun hadapan.

Katanya, jumlah pelajar sekarang seramai 55 orang dan pengambilan tahun hadapan akan ditambah kepada 150 orang pelajar.

"Kita telah berbincang dengan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan membesarkan ruang istana Jugra dengan peruntukkan sebanyak RM6 juta," katanya.

Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM6 juta itu untuk membesarkan kolej tersebut dan menambah dua blok untuk asrama.

Memandangkan minat ibu bapa sekarang lebih menjurus kepada sekolah aliran agama katanya, beberapa tahfiz akan ditubuhkan bagi melatih anak-anak di sekolah rendah dan menengah dan dalam masa yang sama mereka akan dilatih menjadi ahli saintis.

Kita akan menjadikan negeri Selangor negeri yang bertapak pada ilmu al-Quran d isamping pakar dalam bidang sains dan teknologi," jelasnya.

Beliau berkata, negeri Selangor sedang mengorak langkah untuk menjadikan rakyatnya warga berilmu. - lanh _

Sumber

Tiada ulasan: