Halaman

Ahad, 13 Julai 2008

GAMIS gesa kerajaan mansuhkan ISA

" Sejak diperkenalkan pada 196O Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dilihat menjadi alat pihak kerajaan untuk menahan sesiapa sahaja menurut nafsu rakus mereka. Melihat situasi yang berpanjangan tanpa berkesudahan ini, GAMIS bengun menyatakan pendirian menggesa pihak kerajaan supaya menghapuskan akta yang zalim ini.

Berikutan kejadian kematian Aina Mardiah Shahrial anak salah seorang tahanan ISA baru-baru ini, iaitu Sharial Sirin. GAMIS mengutuk sekeras-kerasnya sikap kerajaan Malaysia yang sambil lewa di dalam hal ini.

Walaupun telah diberi makluman awal bahawa anak beliau dalam keadaan tenat, namun begitu Saudara Sharial tidak dibenarkan pulang
awal untuk menziarahi anaknya. Akhirnya beliau tidak sempat menemui anaknya ketika tenat kerana kelewatan tersebut.

Berikutan peristiwa menyayat hati ini, GAMIS menyatakan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan memberi amaran kepada pihak yang terlibat di dalam hal ini. Sekiranya hari ini kalian membuat zalim kepada keluarga Sharial Sirin, nescaya suatu hari nanti balasannya akan diperolehi.

Oleh itu, kami diperingkat Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia menuntut supaya pihak kerajaan:

Pihak kerajaan jangan sewenag-wenangnya menggunakan kuasa untuk menzalimi rakyat dengan suatu akta yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Membebaskan semua tahanan ISA yang ditahan tanpa sebab sehingga hari ini.

Memansukan ISA yang dianggap sebagai suatu akta yang zalim dan melanggar undang-undang hak asasi manusia.

“Rakyat Hakim Negara”

Mohd Dzulkhairi Bin Mohd Noor
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Sumber

Tiada ulasan: