Halaman

Jumaat, 18 Julai 2008

"slot" usul




Bismillahirrahmanirrrahim...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. beserta ahli keluarga Baginda, para sahabat, para tabi' dan tabi'in serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Alhamdulillah... ucapan yang boleh ana keluarkan pada penulisan kali ini.

Terkenang sewaktu kali pertama ana memulakan pengajian di kolej Legenda ini. Masih terawang-awang lagi dengan suasana baru. Ketika itu ana belum lagi rapat dengan surau. Belum lagi kenai dengan sahabat-sahabat yang mana boleh memimpin ana ke jalan yang diredhaiNya.

Sampai la satu masa, ana dipanggil untuk berjumpa dengan beberapa orang Senior dan juga orang lama di kolej Legenda ini. Iaitu Ustaz Khairol Rizal, Akhi Shah dan juga Ukhti Lily. Bibit pertemuan ana dengan PMI Kolej Legenda telah bermula sejak dari pertemuan itu. Dan dengan itu jugalah bibit pertemuan ana dengan sahabat yang banyak memberi ana perangsang dan juga telah membawa ana ke jalan yang sepatutnya dilalui oleh seorang yang bergelar "Pejuang". (insyaALLAH...)

Ana masih ingat lagi perbualan pertama kami sewaktu di AGM PMI kali yang ke 5 yang berlangsung lebih kurang pada bulan Julai 2006. Walaupun masih baru kenai masa AGM tu, ana dapat merasakan yang kami memang akan menjadi rapat melebihi ana rapat dengan orang lain dalam kolej Legenda nih.

Masih ingat lagi... ketika mana, "slot" usul dibuka pada pemerhati AGM, dia adalah salah seorang yang memberikan usul kepada orang-orang yang berada dihadapan. (Hehe.... ana yang menyuruh dia berikan dulu....). kemudian...bila dia telah selesai memberikan usul.... tibalah giliran ana, tetapi...ana tidak berani untuk bercakap dihadapan microfon. (jadi.... x bagi usul la jawabnya....adess..).

Hhmm... walaupun dari segi lahiriah, kami tidak begitu rapat.....namun, dari segi dalaman... siapa yang tahu?.

Walaupun dirinya tidak begitu disenangi oleh ramai orang, ana tetap berpendirian bahawa dialah sahabat ana dunia dan akhirat (insyaALLAH).

Semoga ikatan ukhwah yang pernah terjalin, tidak akan terhenti setakat ini. Ana berharap ikatan ini akan terus tersimpul rapat hingga ke akhirnya. Ana menanti saat ana dan dirinya sudah mempunyai Zaujah dan sama-sama berjuang untuk agama Allah s.w.t. sehingga keakhirnya. Dan ana memegang kata-katanya berkenaan impiannya untuk mempunyai berapa ramai anak. (^_^).(itu hanyalah impian........ kenyataannya...siapa tahu?....)

Tiada ulasan: