Halaman

Selasa, 8 Julai 2008

Masa Sihat sebelum Sakit

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... segala puji bagi Allah tuhan sekalian 'alam. selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. berserta ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabi' dan tabi'in dan juga kepada seluruh pejuang agama Allah.

Masa Sihat sebelum Sakit

suka untuk ana bawa tajuk ni, untuk penulisan kali ini.

hhmm... nikmat kesihatan pada manusia, memang sangat bernilai.

Penulisan ini ada juga kaitan dengan penulisan ana pada 7 julai yang bertajuk Masa Lapang Sebelum Sempit.

Pada hari berkenaan juga (lebih kurang jam 5.20ptg), ana terpaksa balik ke kolej kerana ada hal mustahak untuk dilaksanakan. Cuaca pada ketika itu mendung yang masih lagi ada peluang untuk cerah. Tanpa memikirkan akibat, ana terus membuat keputusan untuk balik pada waktu itu juga. Pada mulanya ada harapan untuk sampai ke kolej dengan baju yang kering, tetapi... dekat-dekat nak sampai plaza tol sungai besi, hujan mulai turun. wahh... nak tak nak, kena teruskan juga perjalanan untuk mencari tempat berteduh (bawah jambatan paling kurang).

Nak jadikan ceritanya, bawah jambatan tu, ana tertidur 2 kali kerana lamanya menunggu hujan agak reda (tidur-tidur ayam je.....kalau tak, sampai esok pagi la jawabnya). tunggu punye tunggu, jam sudah mencecah 7.15malam. Aduhh...nak tak nak, kena gerak juga nih.. memandangkan budak2 motor yang tunggu sekali dengan ana pon nak gerak waktu tu juga. apa lagi, sekali dengan depa semualah gerak. memecut laju motor dalam keadaan jalan raya dan baju yang basah. Memang tekad jugalah masa tu, tapi xleh tahan lama..... menggigil satu badan kesejukan. Baju dah basah campur + angin yang kuat.... huh...memang menggigil satu badan, motor pun dah goyang2. Nak tak nak, mseti cari tempat berehat. Masa tu dah dekat dengan Simpang ke Bangi. Alang-alang dah sampai simpang tu, masuk le kesana. carik surau berdekatan yang boleh ditunaikan solat maghrib. Alhamdulillah...terbampak kelibat PETRONAS dan terus singgah sana.

Hehe...pertama kali sampai Bangi dengan usaha sendiri. Seusai solat Maghrib secara berjemaah, ana terus mencari surau ataupun masjid yang berdekatan dan alhamdulillah...sampai di surau Ibnu Sina (kalau tak silap) dengan bantuan orang PETRONAS itu sendiri. Alhamdulillah...masa sampai kat surau tu, terus menguruskan diri...tukar pakaian kepada yang tak basah (alhamdulillah...lega sikit). Selesai solat isyak secara berjemaah, ana pakai pakaian banyak lapis jugala (dalam 3 lapis kot....hehe....tak tahan sejuk....). Singgah sekejap kat kedai mamak untuk menikmati milo panas + Nasi goreng kampung (wah...sedap...sedap). Hilang sikit kepenatan + kesejukan air hujan. Habis makan je dah jam 10malam. wah... dah lewat nih, perjalanan masih jauh. Gi bayar dan terus bergegas balik.

Sampai di kolej dalam jam 10.30malam (5 jam perjalanan dari KL ke Mantin....wah...hebat nih). orang ramai yang cakap, kalau lepas main hujan, gi mandi dulu sebelum demam sampai. Ana pun mandi la dulu untuk memenuhi permintaan adik yang sorang tuh.

Lepas sahaja daripada peristiwa ni, ana selalu je sakit2 kat dada bahagian kanan. Orang kata sebab sejuk. Aduh... tak boleh nak bernafas dalam-dalam sangat. Terasa Paru-Paru bergesel dengan tulang rusuk.

"Ya Allah.... nikmat kesihatan Mu, memang tidak ternilai"

"aku selalu lalai dan leka sehingga terlupa apa yang ada pada diriku hanyalah pinjaman semata-mata"

Tiada ulasan: