Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, masih lagi diberi kesempatan untuk memperbaiki diri dan amalan sebelum ke negeri akhirat.
hhmm... sudah lama sungguh ana tidak menitipkan sesuatu didalam blog ini. maklum la.. sudah sampai masanya ana fokus pada study. tinggal berapa hari sahaja lagi untuk ana menamatkan pengajian Di kolej tercinta ini.
Keinginan untuk menulis adalah tinggi sekali, nak-nak bila dah melepaskan jawatan didalam persatuan. Agak kurang sedikit bebanan yang ditanggung bila mana jawatan sudah dilepaskan. tapi...kekeringan idea dek kerana sibuk memikirkan Assingment yang masih berbaki lagi nih. "ya Allah...bantulah hambaMU".
Masa lapang sebelum sempit
Suka untuk ana "Bold" kan kedua-dua pernyataan diatas. Ianya memang sangat berkait dengan Seorang pelajar ataupun Mahasiswa seperti ana dan sahabat seperjuangan sekalian. Kebanyakkan daripada kita (student) memang tidak menitikberatkan perkara yang 2 ini. Lagi-lagi kalau baru memulakan sem baru...memang tak sentuh langsung assngment yang diberikan dengan alasan, masa masih banyak.
Sempena ini juga, suka untuk ana ceritakan pada antum sedikit cerita yang telah ana alami beberapa minggu yang telah berlalu. sekadar bahan untuk hiburan diwaktu lapang dan juga mungkin ada hikmah disebaliknya..
Pada minggu tersebut, ana sepatutnya terlibat dengan satu program yang penting. Tetapi apakan daya, ada perkara lain yang lebih awla untuk ana ikuti, jadi program tu ana tinggalkan sahaja. Selesai sahaja kerja yang ingin dihabiskan, ana terus balik ke Kuala Lumpur untuk urusan keluarga. Alhamdulillah...sampai dengan selamat walaupun agak tergesa-gesa jugalah. lebih kurang jam 10.30pagi, Start motor untuk ke Hutan Lipur Kanching bersama-sama dengan kawan-kawan sewaktu di alam persekolahan (kira macam perjumpaan jugalah). Walaupun meraka agak marah dengan ana kerana lama juga "lost contact", bila berjumpa tu, teringat kenangan sewaktu zaman sekolah....terus tak jadi nak marah(Ya Allah...rindu zaman tu). Masa kat sana tu, faham-faham je la... tempat mandi kan. Banyak la pasangan-pasangan yang "nak kena cucuk besi panas dikepala" dek kerana kelakuan mereka. Nauzubillah...minta jauh. Ana tak dapat nak dok lama-lama dengan depa, sebab ana ada program pada petang tu juga. Lebih kurang jam 1ptg, ana mula bertolak balik ke rumah. sampai sahaja dirumah, terus solat zohor dan bersiap-siap untuk ke KLCC.
Sampai sahaja di KLCC, kelihatan begitu ramai manusia..(eh..macam tak pernah tengok orang je...hehe). langkahan dilajukan, lebih kurang 6 orang jugalah yang berjaya ku potong dek kerana lajunya lagkahan kaki ku (huhu...). Kelihatan majlis telah bermula dengan tetamu yang sudah memenuhi ruang (tapi...xleh lawan masa Talk Aku Terima Nikahnya). Langkahan pertama kedalam dewan disertai dengan "liar" mata mencari sahabat yang ana kenai untuk duduk bersama. Alhamdulillah...kelihatan 3 orang dari "Ukhwah.com" sedang duduk bersama, ana pun apa lagi...join depa lah. Forum pada masa tu lebih banyak tentang berkongsi pengalaman "detik-detik" mendapat hidayah daripada Allah s.w.t. (huuu... seppatutnya kita rasa bersyukur sangat kerana berada dalam Islam, bila dengar depa cerita bagaimana mendapat hidayah daripada Allah). Hehe...nak promote sikit...masa ni, ana dapat kenai dengan orang yang memang ana nanti-nantikan iaitu akhi Ibnu_Musa dari ukhwah.com. (alhamdulillah dipertemukan).
Hari tu sampai situ sahaja..
Esoknya, jam 9.50pagi... start enjin motor untuk menghantar adik perempuan gi tuisyen. Lepas sahaja selesai kerja, ana terus memecut motor (xde la laju mana) untuk ke Stesen PUTRA Wangsa Maju kerana ada temujanji dengan sahabat-sahabat Ukhwah.com (kami ada program bersama). Masa ana sampai tu, kira dah lambat jugalah, sebab masa berkumpul adalah jam 10pagi. Ramai juga yang turun untuk program pada hari itu, ada la dalam 18orang. JK Ziarah Rumah Amal Belaian Kasih di Ukay Perdana. bila semua dah ada, kami mulakan perjalanan yang agak jauh juga. Kereta dalam 4 buah dan motorsikal 3 buah (merempit yang tak berupa nak merempit pon...hehe).
Alhamdulillah... tak berapa susah untuk kesana, kerana ada orang yang tahu jalan (kalau tak, memang payah gak nak cari). Kehadiran kami, disambut dengan senyuman daripada mereka. Wah... comei2 adik disana. Adik2 disana terdiri daripada sekecik-kecik tahun hinggalah yang paling besar 15 tahun. Persembahan daripada adik2 comei ni, menambah lagi keserian majlis. Nasyid yang mendidik jiwa. Slot taaruf adalah yang paling mencabar kerana suara adik2 nih, alahai... perlahannya. (hehe...malu agaknya). Slot permainan adalah yang paling meriah...kerana abang-abang Fasinya yang paling Riuh (huhu...adik2 cool sahaja).
Patut bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan. Memang tidak ternilai harganya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan