Halaman

Ahad, 27 Julai 2008

Pindaan Auku, kemenangan awal perjuangan mahasiswa

KUALA LUMPUR, 27 Julai - Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mohamad Khaled Nordin dianggap suatu kemenangan awal perjuangan mahasiswa.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata kenyataan Khaled bahawa dengan pindaan Auku yang membenarkan pemimpin parti politik termasuk pembangkang masuk ke dalam kampus sememangnya telah lama diperjuangkan oleh mahasiswa sebelum ini.

"Namun apa yang dibimbangi adalah ianya sekadar gimik politik semata-mata kerana ia masih belum diluluskan oleh Dewan Rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Bagaimanapun, beliau masih menganggap apa yang dikatakan Khaled itu sebagai satu harapan baru yang menjelma pada masa depan para mahasiswa.

Dalam satu laporan akhbar, Khaled dilaporkan berkata dalam pindaan Auku yang baru akan membenarkan pemimpin politik masuk ke kampus.

Namun pimpinan politik boleh berbuat demikian dengan syarat memberi ceramah Imagemengenai isu yang ada kaitan dengan pengajian dan akademik mahasiswa, kata Khaled.

"Saya berharap biarlah tajuk program pengisian yang dijalankan oleh pihak IPT dan para mahasiswa agar menjurus kepada kepentingan pengajian dan negara," ujarnya.

Mengulas isu yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi, Dr Shafie Abu Bakar pula berharap agar KPT dapat bersikap telus dalam keterbukaan yang diamalkan ketika melaksanakan pindaan Auku kelak.

"Harapnya jangan 'double standard' kerana jika dilihat kepada mahasiswa di luar negara terdapat kelab parti politik seperti kelab umno luar negara,"katanya.

Sungguhpun begitu, pihaknya masih melihat perkembangan mengenai pindaan Auku tersebut sebagai suatu yang positif apabila mahasiswa diberikan peluang untuk menjemput mana-mana pemimpin politik.

"Ia suatu yang positif dan sangat dialu-alukan kerana mahasiswa merupakan golongan terpelajar yang boleh menilai mengenai hasrat pemimpin dan kerajaan yang memerlukan keterbukaan," ujarnya lagi.

Namun, beliau yang merupakan bekas pensyarah jabatan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia meminta pihak KPT mendedahkan pindaan tersebut kepada umum.

"Kita hendak tahu mengenai pindaan keseluruhan didedahkan terutamanya mengenai IPT supaya ianya dapat dinilai kerana semuanya tiada erti memandangkan golongan mahasiswa ini merupakan generasi pelapis pemimpin pada masa akan datang.

"Jika pandangan mereka dikongkong, ianya akan mempengaruhi kecenderungan dan sikap mereka," katanya./wann _

Sumber

Tiada ulasan: