Halaman

Rabu, 15 Oktober 2008

Rumah Terbuka Mohamad

Bersama Sepupu Belah Ibu


Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian 'alam. selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. beserta ahli keluarga baginda.Para sahabat, para tabi' dan tabi'in, serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Alhamdulillah... masih lagi diberi kesempatan untuk memperbaiki amalan dan juga iman yang makin hari makin gersang daripada cahaya Allah s.w.t.

Rumah terbuka memang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia khususnya orang melayu. Acara tahunan ini lazimnya akan berlangsung bila tibanya bulan syawal. Sanak saudara dan jiran tetangga dijemput untuk meramaikannya dan tak dilupakan juga teman-teman jauh yang sudah lama tidak bersua muka.

Pada ketika itulah juga, yang jauh dapat didekatkan. Yang rapat dapat disatukan. Tetamu dijamu dengan pelbagai juadah istimewa yang tidak terdapat dalam bulan lain ataupun majlis yang lain. Dan lazimnya juga, pada waktu inilah anak-anak sedara dapat mengenal bapa saudara dan mak saudara yang memang tidak pernah bersua malah kenal nama pun barangkali tidak.


Dikesempatan ini, ana ingin menjemput sesiapa yang mengenali diri ini untuk datang ziarah kerumah ana... InsyaALLAH...pada 19/10/08 (ahad).

wallahu'alam...

2 ulasan:

rossees berkata...

salaam...

oh..keluarga izyati ke.. i'm her coursemate... nampak hang ni macam semangat jugak... aku nak mintak pendapat hang a... ko rasa la, kalu ada org jew israel view blog ko, ko rasa apa yang dia akan fikir? huhu... kerana aku terasa seperti cikgu aku yang yahudi dan ada semangat israel ni macam ada view blog aku...tapi dia kelihatan macam biasa...ya dia memang cikgu yang brilliant...aku perhati pakaian dia selalu ada tema biru dan putih (bendera israel)... tapi bila aku pk balik2 diorang memang dari 'keciq' dah dipupuk perasaan ini...bukan mudah nak ubah..tapi aku baca kisah ada jugak yang revert islam alhamdulillaah atas hidayahNYA... terpiker tak, kenapa masih ada yg sokong israel... bila aku tengok beberapa website israel, aku membuat kesimpulan israel memang bijak mencari penyokong, layarilah website seperti israelfreeDOTcom... dan aku melihat wajah guruku di website ini brtujuhLIMAduaDOTcom

sekian...salaam

mencari penyokong seperti bermain dengan psikologi...

al_irsyad berkata...

salam...

ana tak dapat tangkap apa yg ukhti nak terangkan pada ana. (^_^)

tapi..yg pastinya...
kalau ada yahudi yg VIEW blog ana,xde apa2 yg ana rasa kot...

wallahu'alam..