Halaman

Jumaat, 17 Oktober 2008

27 ditahan

" Seramai 27 orang termasuk pemimpin PAS ditangkap polis di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru kerana cuba menghalang tindakan merobohkan kawasan setinggan tersebut.Menurut setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk, Taslim Nani, semua yang ditahan termasuk tiga wanita dibawa ke balai polis Johor Jaya.

Mereka ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain.

Kira-kira 500 penduduk membantah usaha perobohan itu.

Taslim, yang kini masih ditahan, memberitahu Malaysiakini, ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS Johor
Syed Othman Syed Abdullah turut dibawa ke balai polis berkenaan.

Menurutnya lagi, pengerusi jawatankuasa itu Jameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan.

Sementara itu, Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Karim memberitahu, Jameon dikatakan dirempuh oleh anggota polis, sebelum rebah dan pengsan.

Katanya, beliau difahamkan, Jameon yang juga imam masjid di kampung tersebut, telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Hassan juga, ketika dihubungi semasa berada polis terbabit, turut mengesahkan jumlah yang ditahan ialah seramai 27 orang, termasuk tiga orang wanita.

Menurutnya lagi, kerja-kerja merobohkan rumah-rumah di situ dihentikan oleh pihak pemaju pada kira-kira jam 2.50 petang tadi.

Pemaju kawasan itu Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan perkampungan itu selepas mendapat perintah mahkamah

Hassan yang juga bertindak sebagai peguam kumpulan penduduk itu, rundingan sedang dibuat antara penduduk dengan pemaju tersebut dan 291 buah dijangka tidak akan dirobohkan.

Tambahnya, beberapa rumah yang dirobohkan, setakat ini, tidak berpenghuni.

Menuru seorang penduduk, kira-kira 100 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa hadir di kawasan itu yang sedang dirobohkan.

Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, dipercayai mula dibangunkan antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah.

Sementara itu, pada jam 12.55 tengahari tadi, tiga orang peguam sedang berusaha untuk mendapatkan kebenaran pihak polis untuk bertemu dengan mereka yang ditangkap itu.

Ketiga-tiga peguam tersebut ialah John Fernandez, Kuna Nadesan
dan Mathews George.

John memberitahu Malaysiakini bahawa mereka tidak dibenarkan masuk menemui kumpulan yang ditahan.

Katanya, mereka juga tidak dibenarkan menemui pegawai penyiasat bagi kes tersebut.

Sumber


Tiada ulasan: