Halaman

Isnin, 6 Oktober 2008

Tentera Britain akui sukar tewaskan Taliban




Cadangan perjanjian damai diusaha tamatkan pemberontakan

LONDON: Komander Kanan tentera Britain di Afghanistan semalam dipetik sebagai berkata kemenangan tentera asing di Afghanistan adalah mustahil malah perjuangan Taliban akan menjadi masalah jangka panjang di negara itu.

Akhbar The Sunday Times memetik Brigadier Mark Carleton-Smith sebagai berkata, mereka tidak akan menang dalam peperangan di negara itu.

"Kita cuma dapat mengurangkannya ke tahap pemberontakan yang boleh diurus dan bukan menjadi ancaman strategik serta mampu ditangani askar Afghanistan itu sendiri. Kita akan berundur dengan keadaan pemberontakan di pedalaman masih ada," katanya.

Beliau turut berkata, perjanjian damai di antara pihak berkuasa dan Taliban perlu diusahakan.

"Jika Taliban bersedia untuk duduk dan berbincang mengenai penyelesaian politik di negara itu, maka ia akan menjadi satu perkembangan yang akan menamatkan pemberontakan seperti ini," katanya.

Walaupun Britain dan sekutunya dari Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) mengadakan kempen menentang pejuang Taliban di Afghanistan, pegawai Britain sudah menyuarakan minat untuk cuba memujuk Taliban meletakkan senjata dan menyertai kerajaan sedia ada.

Kelmarin, Kerajaan Britain menafikan dakwaan United Kingdom berpendapat kempen ketenteraan di Afghanistan akan menuju kegagalan. Penafian itu dibuat selepas akhbar Perancis melaporkan Duta Britain ke Kabul berkata kehadiran tentera asing hanya menambahkan kesengsaraan terhadap negara itu.

Akhbar mingguan Perancis, Le Canard Enchaine yang disiarkan Rabu lalu berkata Duta Britain, Sherard Cowper-Coles memberitahu pegawai Perancis bahawa adalah lebih baik Afghanistan menjadi 'kerajaan berasaskan diktator yang diterima rakyat.

Beliau dilaporkan turut berkata, kehadiran tentera asing hanya menambahkan masalah kepada negara itu dengan meningkatkan faktor kejatuhan kerajaan di Kabul.

Cowper-Coles juga berkata, 'strategi America ditakdirkan untuk gagal' dan kehadiran tentera asing di Afghanistan adalah 'sebahagian daripada masalah dan bukannya penyelesaian'.

Sumber

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Slm..kesah taliban ni juga kerana aqidah mereka kuat, sm mcm palestin knp Allah memilih kaum tersebut kerana mereka berpegang teguh pd kalimah lailahillallah..mereka i`tikad dgn kata2ny..Cuba bygkan jk di jatuhkan pada kaum lain,adakah mereka jug kuat pegangn aqidah mcm mereka??wallaua`alam..Skdr pdpt sy lah..Mtk tnjuk ajar yea..X pndai pun..Truskan pjuangnmu wahai sang pjuang fi sabilillah..:-)Bykkn kaji isu boikot ni,krn ada pnylesaian yang terbaik jika terus di kaji..Sy sntiasa mnyokong dibelakang..Mg dpermudahkan segala urusan..Mf jk ada tersalah kat @ info..:-)