Halaman

Rabu, 14 Mei 2008

Amaran angin kencang di kawasan laut China Selatan sehingga Sabtu ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang di kawasan Laut China Selatan dan juga di perairan Sabah, Utara Sarawak, Kelantan serta Terengganu sehingga Sabtu ini.

Jabatan itu berkata keadaan ini berbahaya kepada aktiviti perkapalan, pelantar minyak dan aktiviti pantai.

Angin dari arah Barat/Barat Daya melebihi 60 kilometer sejam dijangka melanda kawasan di Sabah Utara, yang meliputi kawasan perairan Layang-Layang, Palawan dan Kudat, dengan ombak mencapai ketinggian 5.5 meter, menurut kenyataan jabatan itu yang dikeluarkan di sini.

Bagi kawasan Sabah Barat, Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan dan Terengganu, angin bertiup dari arah Barat dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometerm sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Menurut kenyataan itu, di Utara Sarawak pula, angin diramal tiba dari arah Barat dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam, membawa ombak dengan ketinggian sehingga 3.5 meter.- Bernama

Sumber

Tiada ulasan: