Halaman

Isnin, 5 Mei 2008

Dosa

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah.... syukur diatas nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. yang tidak ternilai harganya. Nikmat terbesar yang dapat kita nikmati adalah nikmat Iman dan Islam. Kita patut bersyukur kerana diberi sihat tubuh badan dan nikmat panca indra yang sempurna berbanding manusia-manusia yang lain.

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian 'alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. beserta keluarga baginda, pada sahabat, para tabi' dan tabi'in serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup ataupun yang telah meninggalkan dunia ini.

Sekali lagi ana ingin mengucapkan syukur kerana Allah s.w.t. telah mencampakkan "nur" petunjuk pada ana yang selalu sahaja lalai dan leka dengan pujuk rayu dunia ini. Kesal bercampur marah dengan diri ana sendiri, kerana tidak mampu untuk melawan musuh yang berada dalam diri ana sendiri.

Bila mana bercerita berkenaan perkara ini, ana teringat satu ayat al-Qur'an yang berbunyi begini:

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui."
(Surah Ali-Imran : 135 )


Moga-moga, diri kita nih yang bertaubat, akan diterima oleh Allah s.w.t..... jgn la sesekali berhenti dari meminta ampun dari Allah s.w.t.... kerana pengampunan dan rahmat Allah sungguh luas.

Setiap kali, diri kita terperasan yang kita telah buat dosa, cepat-cepatlah istighfar....moga-moga Allah s.w.t. ampun dosa kita....

Jangan bertangguh-tangguh.... kerana..
adakah kita pasti bila kita akan mati??


Dan kadang-kadang tu, Dosa yang kita lakukan adalah diluar jangkaan kita. Mungkin kerana diri jahil dengan hukum-hakam agama. Oleh itu, kita berbalik pada posting ana yang sebelum ini, mari kita meramaikan majlis ilmu....dekatkan diri dengan Allah s.w.t. disamping mempersiapkan diri untuk ke medan dakwah. (insyaALLAH).

Dan kita juga sering tertanya-tanya kenapa manusia ni, walaupun mereka itu berlatar belakangkan agama, tetapi masih membuat perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t.
adakah antum berfikir seperti apa yang ana fikir?.

Dan jawapannya pun, ana rasa antum semua sudah tahu, malah mungkin lebih arif berkenaan dengan hujah yang boleh diberikan.

Semuanya ini mungkin disebabkan oleh Nafsu yang menguasai diri mereka ditambah pula dengan syaitan yang pandai menggoda. Termasuk lah diri ana ini...

Alangkah baiknya kita, insaf daripada perbuatan dosa....daripada terjebak dengan perbuatan dosa tu untuk selama-lamanya. Janganlah kita jadi dalam golongan seperti yang terkandung dalam ayat al-Qur'an dibawah ini...

"maka pernahkah kamu melihat orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat), maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran."
(Al-Jaatsiyah : 23 )

Jika sekiranya kita menjauhkan diri dari Allah s.w.t., maka dengan senang sekali, diri kita akan terjerumus kedalam golongan yang melakukan dosa ataupun melakukan apa yang dilarang oleh Allah s.w.t.

Sekiranya kamu menjaga hubungan dengan Allah, nescaya akan selamatlah kamu.

wallahu'alam....

Tiada ulasan: