Halaman

Rabu, 14 Mei 2008

PM Australia kemuka usul raikan 60 tahun penubuhan Negara Israel

KUALA LUMPUR, 14 Mei - Pada 12 Mac lalu, Perdana Menteri Australia Kevin Rudd mengemukakan usul di Parlimen Australia supaya Dewan Perwakilan negara itu meraikan 60 tahun penubuhan Negara Israel.

Beliau juga mengusulkan supaya dewan tersebut mengingat kembali dengan penuh bangga dan bermaruah peranan yang pernah dimainkan oleh Australia dalam penubuhan Negara Israel.

Selain itu beliau juga turut mengusulkan supaya Dewan Perwakilan mengiktiraf hubungan unik di antara Australia dengan Israel yang merupakan satu ikatan kukuh dalam memperjuangkan hak, kebebasan serta budaya.

Beliau menyeru supaya dewan berkenaan menegaskan kembali komitmen terhadap hak Isreal untuk terus wujud dan menyokong perjuangan Israel untuk mewujudkan keamanan dengan Palestin.

Menurut Rudd, Australia mempunyai hubungan yang panjang dengan Israel, iaitu sejak daripada awal penubuhannya pada tahun 1948, dan sokongan Australia terhadap hasrat penubuhan Negara Israel sentiasa kuat.

Usul Rudd mendapat sokongan padu daripada Ketua Pembangkang Parlimen Australia Dr. Brendan Nelson.

Nelson berkata, beliau mewakili kerajaan alternatif menyokong penuh usul yang dibentangkan oleh Rudd berkaitan kewujudan Negara Israel itu beserta peranan yang telah dimainkan oleh Australia selama ini.

Beliau juga menyambut baik inisiatif yang diambil oleh kerajaan Australia termasuk kerajaan yang baru ini dalam proses mewujudkan keamanan di antara Isreal dan Palestin.

Sumber

Tiada ulasan: