Halaman

Isnin, 12 Mei 2008

Selangor akan dijadikan 'Hab lmuan'

KLANG, 12 Mei (Hrkh) - Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pemodalan Insan, Dr Halimah Ali sedang merancang projek 'Jejak Ilmuan Selangor' yang akan dilaksanakan dalam bulan Jun nanti.


Image

Menurut beliau, kerajaan Pakatan Rakyat akan berusaha untuk menjadi Selangor sebagai 'Hab Ilmuan' iaitu pusat tokoh-tokoh ilmuan.


"Kita tahu institut pengajian tinggi (IPT) terbaik, terbanyak, terkini ada di Selangor tetapi ia masih tidak diperkasakan," katanya ketika ditemui di Pejabat Adun, Selat Kelang, baru-baru ini.


Beliau kesal kerana tokoh keilmuan yang boleh dijadikan role model tidak diiktiraf oleh masyarakat Selangor sebaliknya mereka lebih mengkagumi artis dan pengiat seni.


Katanya, dalam bulan Jun nanti kerajaan akan mengumpulkan semua tokoh ilmu bagi mengiktiraf nilai sumbangan mereka dan memperkasakan mereka.


Tambah Dr Halimah, untuk jangka masa panjang kerajaan Selangor berhasrat melahirkan ilmuan baru dengan memperkenalkan bakal-bakal ilmuan di kalangan para pelajar terpilih.


"Sekarang kita hendak jadikan Selangor seumpama 'magnet' supaya tokoh-tokoh keilmuan ini kembali semula ke Selangor," katanya.


Dalam pada itu beliau berbangga dengan pencapaian Universiti Industri Selangor (Unisel) yang baru-baru ini telah mendapat 'international award' dalam pertandingan satelit yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.


Katanya, mereka mampu mencipta perahu daripada simen yang terapung dan ia boleh digunakan untuk membina rumah pasang siap. Kosnya pula lebih murah dan ia turut boleh dikomersialkan.


Ikuti temuramah lanjut dengan Dr Halimah dalam keluaran Harakah akan datang.


Sumber

Tiada ulasan: