Halaman

Sabtu, 17 Mei 2008

TASK 2

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian 'alam...selawat dan salam keatas junjungan mulia nabi kita Muhammad s.a.w. beserta kaum keluarga dan para sahabat, para tabi' dan tabi'in dan juga kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Haa..hari ini ana nak bercakap mengenai tingginya "nilaian maruah" manusia dari sudut logik akal.

Ana sengaja tidak mahu mengambil dari sudut dalil kerana depa-depa nih bukannya suka bila kita bercakap berpandukan ayat al-Qur'an. Jadi... ana cuba mendekati depa-depa nih dengan cara yang lebih mudah untuk memberikan "kesedaran" pada mereka....insyaALLAH...

Penulisan ini juga ada kaitannya dengan student-student yang suka sangat pergi ke rumah berlainan jantina. Yang lelakinya suka sangat pergi ke rumah "Geli Friend" dan yang perempuannya pulak suka sangat pergi ke rumah "buaya friend".

Mari kita sama-sama selami apa itu maruah. Sesetengah orang memang semacam sahaja bila bercerita berkenaan maruah nih. "Aku pantang kalau ada orang buat macam tu kat aku!!. Maruah aku tercabar!!". huhu... memang seringkali ana dengar juga perkataan seperti dan seumpama ini. Kalau yang dimarahkannya itu adalah sesuatu yang memang tidak baik untuk seorang manusia tidak mengapa. Ini tidak, perkara-perkara yang remeh-temeh yang menjadikan dirinya tercabar maruah. (adess...penin...penin)

Ambil satu contoh:
- "aku cabar ko!, kalau ko boleh ngorat budak tuh, memang aku respek kat ko la".
Haa... ayat kat atas nih, memang selalu kena kat lelaki. Bila mana dirinya tidak dapat melaksanakan perkara yang telah disebutkan tuh, mula la rasa maruahnya ataupun kelakiannya tercabar. (adess.... apa la yg ko fikir ek!!!!)

Sepatutnya :
- aku rasa tercabar la bila mana, ada orang lelaki yang kacau perempuan dan pada waktu yang sama perempuan tu cakap "jangan la..." . (aduss.... Aku memang rasa tercabar!!!). Wei... apa barang cara camtu, cam xde kelakian je!!!. (maaf la...kadang2 memang ana marah sangat).

ok...ok.... cerita pasal maruh perempuan pulak..

Hhmm.... apa yang ana lihat, kebanyakkan perempuan2 sekarang melihat maruah mereka disudut lain??. (adakah benar apa yg ditulis oleh ana ini??).

Allah s.w.t. menciptakan perempuan nih, memang cukup cantik (subhanallah). tapi, depa nih yang tak reti nak menghargainya. Aduh...wahai perempuan-perempuan diluar sana, hargailah apa yang Allah s.w.t. kurniakan pada kamu semua. jangalah sia-siakan kecantikan itu.

Maruah seorang wanita adalah 'aurat mereka. (adakah benar???)
Ambil satu contoh :
- Bila mana seorang perempuan yang tidak menutup 'aurat mereka dengan sempurna, maka peratus untuk dia membenarkan dirinya "ditegur @ disapa" oleh orang lelaki adalah tinggi. kerana mereka memang inginkan yang sedemikian!.(ada sesiapa nak bantah?.)

kenapa ana berkata demikian?.

sebab, mereka beranggapan kalau menutup 'aurat sepenuhnya, lelaki akan takut untuk dekat. (weii... apa la yang ko fikir nih??) . Sepatutnya itulah yang ko nak. Bukannya makin ko taknak benda tuh.


Sepatutnya :
- Seorang perempuan mestilah pandai menjaga diri. Nak tau tak, maruah keluarga juga ada kaitan dengan maruah anak gadis mereka!!. (aduuhh.... nilai kejiranan pun dah semakin pupus). Kalau dulu, pantang nampak anak orang lain pakai semacam ataupun berjalan dengan jantan mana tah, konfirm akan jadi perbualan satu kampung!!.

- Cuba la kita tanya lelaki-lelaki yang kita terjumpa kat mana-mana tempat. Tanyakan mereka berkenaan ini. Yang mana satu mereka suka kacau?. Adakah orang yang menutup semua 'aurat mereka ataupun orang yang menutup ala kadar sahaja. (haa... siapa nak jawab nih??).

Ok...ok....itu kalau cerita bab yang belum lagi berfikir masa depan...

aku nak ajak korang semua berfikir untuk masa depan...

Cuba ko fikir sejenak berkenaan dengan orang yang sekarang nih ko sayang tuh.... adakah ko pasti lepas kahwin nanti dia akan "SETIA" dengan ko?. (ha...sape nak jawab nih??). Betui ke ko sangat-sangat pasti nih??. ataupun sekadar nak menyedapkan hati ko je?. Kalau ko fikir betui-betui, sekarang ni pon orang yang ko suka tu berani untuk "ngorat" ko, berani pegang tangan ko, berani bermanja-manja dengan ko, dan tak mustahil bila dah kahwin nanti, dia boleh buat benda yang sama dengan orang lain.

Wahai saudara-saudara se-Islam ku di kolej ini, aku berkata seperti ini bukanlah untuk mengutuk korang, tetapi aku cuba untuk masuk kedalam diri korang bagi menghalau "syaitan dan juga penyakit cinta dunia" yang ada dalam diri korang tuh. (bukan la nak kata aku ni baik sangat, cuma sama-sama la kita berubah kearah yang lebih baik....insyaaLLAH).

Baru masuk kat apa yang nak ku sampaikan :
Alahai rendahnya la nilai maruah korang yang selalu buat perangai nih...
Dah la mak bapak korang tak tau yang korang buat perangai macam nih, bertambah-tambah rendah la maruah korang. Punye la susah payah Ibu dan Ayah (yang korang suka tuh) jaga anak mereka dari kecik hingga sekarang nih. Punye la cantik dan molek IbuBapa menjaga mereka, pastu senang-senang je ko nak sentuh ekk!!!.

Yang bagi sentuh tu pulak, alahai....rendahnya maruah korang. IbuBapa korang penat membesar dan mendidik korang menjadi sesuatu yang bernilai dan memang indah. Alih-alih sesenang je korang bagi orang lain sentuh ekk!!. Korang tak terfikir ke yang diri korang tuh lebih bernilai dari wang ringgit??. tak pernah terfikir ke??. Ko tau tak, dengan sentuhan je, macam-macam boleh berlaku!!!???. (korang tau tak??).

Ambil contoh lagi :
- Seorang suri rumah telah bersusah payah menanam sejenis bunga dengan harapan bila dah kembang mekar nanti, dia akan lebih menjaganya dan tidak sesekali menyentuhnya kerana dikhuatiri akan berlaku perubahan pada bunga itu. Pada suatu hari, datang tetamu ke rumah suri rumah ni dan memetik bunga tersebut tanpa pengetahun suri rumah tu, (haa...agak-agak apa perasaan suri rumah tu???. jawab la!!! )

- kita amik contoh baby la. Kalau selepas dimandikan, mestilah bau wangi (betui tak?). Dah la wangi , bersih, suci lagi tuh. alih-alih ada pulak tangan manusia yang datang entah dari mana, tak tau taraf kebersihannya, datang pegang baby nih. (huh...buat penat baby tu mandi. dah kotor balik).

Marilah kita berfikir sejenak, tetang perbuatan kita yang sebelum ini. Jangan jadikan alasan persekitaran untuk kita kekal dalam keadaan "Jahil!! dan Fasik!!"

Tiada ulasan: