Halaman

Selasa, 13 Mei 2008

Keluarga Dhoif

Selepas solat Jumaat di Masjid Permatang Pasir..saya pergi menziarahi satu keluarga dhoif di Lubok Buntar, Serdang. Saya sangat terkejut melihat kemiskinan keluarga ini yang telah terbiar bertahun-tahun lamanya. Keluarga ini tinggal menumpang di atas tanah orang di Batu 22, Lubok Buntar Serdang. Kedua-dua suami isteri dari golongan bisu/pekak. Suaminya Ahmad Zaini Osman berumor 47tahun(IC 611003025231). Kerja di kilang kayu dengan upah sebanyak RM300 sebulan. Isterinya Nor Azizah Mansor (IC 720525026090) tidak bekerja.

Mereka mempunyai tga orang anak iaitu Nurul Syaniza (17.05.2002) dan Siti Aishah (05.06.2001). Berumur 6 & 7 thn. Nurul kini bersekolah tadika. Kedua-duanya menghadapi masalah pertuturan kerana kedua-dua ibubapa yang bisu. Anak sulong mereka berumur 8 tahun telah diserah kepada orang lain untuk dibela kerana kemiskinan mereka. Ngkorang boleh tengok sendiri gambar-gambar yang saya sisipkan.


Yang sedihnya bekalan letrik kepada keluarga ni pun dipotong 3 bulan lepas kerana tak bayar bil. Saya pun naik tak faham dengan otak TNB ni..takkanlah depa tak nampak kedhoifan keluarga ni. Ni lah masalahnya bila khidmat asas pun diswastakan menyebabkan sykt-sykt kita lebih mngutamakan keuntongan daripada khidmat kepada masyarakat.

Saya pun tak faham pegawai-pegawai kebajikan masyarakat entah ape yang depa buat dalam bilik aircon masing-masing. Takkan tak turun padang langsung. Dah bertahun keluarga ni merana. Mana pegi JKK, Adun UMNO, MP UMNO yang selama ni menyalak-nyalak Kedah Maju 2010. Apa yang depa buat. Dan UMNO lebih seronok membazirkan wang rakyat lebih RM1juta untuk menanggung 3 Penasihat Pencen yang takde guna satu sen pun. Tu pun dari respon yang saya terima di blog ada yang menyokong pembaziran ini atas nama mengenang jasa. Oii..tolonglah bukak mata sikit. Depa 3 ekoq tu dah dibayar pencen beribu-ribu sebulan. Dah diberi gelaran Tun Tan Sri Datok Seri dan macam-macam lagi. Dapat guna kemudahan kerajaan saperti helikopter, pejabat yang canggih, eskot polis dan lain-lain. Dah diberi rumah besar masing-masing. Jawatan dalam sektor swasta dan kerajaan dengan elaun berpuloh ribu. Ape lagi yang depa mau. Ape sumbangan mereka. Dah pencen buat cara orang pencen. Bagaimana dengan tentera polis yang berkorban nyawa untuk negara. Ada mereka diberi layanan macam dinasour UMNO ni! Cukoplah kita membazir wang rakyat. Tidakkah wang gaji mere melebihi sejuta itu lebih baik dimenafaatkan untuk rakyat miskin saperti keluarga Zaini ini!?

Saya akan panjangkan hal mereka ini kepada pihak yang berkaitan. Namun diwaktu yang sama kalau ada ngkorang diluar sana yang nak buat amal jariah..keluarga ni memerlukan rumah segera. saya telah dapatkan tapak yang sesuai untuk mereka. Cuma perlu tanggung kos buat rumah yang selesa dalam lingkungan RM12,000-00. Kami akan buat gotong royong bina sendiri rumah mereka untuk jimatkan kos. Insyallah kalau ada sape-sape nak bayar zakat atau ada syarikat yang nak menyumbang boleh maklumkan kepada saya. TQ

Sumber

Tiada ulasan: