Halaman

Ahad, 4 Mei 2008

sudah merasa cukup dengan 'ilmu yang ada

Bismillahirrahmanirrahim...

Baru-baru ini, ana dan beberapa lagi sahabat ana telah dikejutkan dari bermimpi disiang hari.
alhamdulillah...bersyukur sangat dengan "kejutan" itu.

Mungkin dengan keadaan sekeliling kami menyebabkan kami agak leka. Tambahan pula, tiada siapa yang menegur. Siapa sahaja boleh terleka dan terlena dek buaian "dunia" yang memang kuat.

Yang dimaksudkan dengan terlena ini adalah, sudah merasa cukup dengan 'ilmu yang ada dan bersedia untuk menjadi seorang pendakwah. Walhal, banyak lagi yang perlu dipelajari dan difahami betui2 apa itu Islam.

Tambahan pula, ana ini boleh dikategorikan dalam kumpulan yang agak malas untuk mengulangkaji balik apa yang telah dipelajari.

'ilmu Allah s.w.t. sungguh luas, bahkan kalau nak di nisbahkan 'ilmu Allah dengan 'ilmu yang diberikan pada manusia adalah umpama sebatang pen yang dicelupkan kedalam lautan. Air yang menitis daripada pen yang dicelup tadi adalah umpama 'ilmu yang diberikan pada manusia manakala lautan tadi adalah 'ilmu Allah s.w.t. Tetapi satu lautan itu pun masih tidak mencukupi jika digunakan sebagai dakwat utk menulis 'ilmu-'ilmu Allah s.w.t.

*Mari ke Majlis-majlis 'ilmu...... Mari mengaji lagi....

wallahu'alam....

Tiada ulasan: