Halaman

Rabu, 14 Mei 2008

Perhimpunan 60 tahun 'Nakbah Palestin' di bangunan PBB, 16 Mei

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Hrkh) - Satu perhimpunan sempena 60 tahun 'Nakbah Palestin' akan diadakan di bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Damansara, Jumaat 16 Mei ini.

Perhimpunan yang diadakan sempena kekejaman regim Israel ke atas Palestin itu bermula jam 11.00 pagi, sebelum penyerahan petisyen dan 100,000 tanda tangan kepada PBB bagi membantah tindakan Israel yang menindas rakyat di bumi Palestin sejak 60 tahun lalu.

15 Mei 1948, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisytiharkan secara rasminya dan turut dikenali sebagai 'nakbah' yang bermaksud malapetaka atau bencana besar.

Dalam peristiwa tersebut, Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Sehubungan itu, wakil penganjur, Azmi Abdul Hamid, yang juga Presiden Teras berkata orang ramai dijemput hadir Jumaat ini bagi menyatakan sokongan serta membantah kekejaman regim Israel tersebut.

Sumber

Tiada ulasan: