Halaman

Selasa, 13 Mei 2008

Pesta Liar di Port Dickson, PAS serah memo kepada MB

SEREMBAN, 13 Mei- PAS Negeri Sembilan telah menyerahkan memorandum bantahan dan mendesak kerajaan pimpinan Dato' Seri Mohammad Hassan menyiasat penganjuran pesta liar di Port Dickson pada 10 mei lalu.


Memorandum itu diserahkan rombongan yang dikepalai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifly Mohamed Omar kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson hari ini.


Zulkifly Mohamed Omar dalam ulasannya menggesa pihak berkuasa menyiasat bagaimana permit kepada penganjur hiburan yang akhirnya bertukar kepada pesta liar.


Zulkifly menyatakan kekesalan beliau atas kelemahan penguatkuasaan oleh pihak berkuasaterutamanya penguatkuasa Majlis Perbandaran Port Dickson serta pihak polis yang menyebabkan program hiburan tersebut akhirnya bertukar menjadi pesta liar.


Zulkefly mendesak pihak berkuasa menyiasat perkara ini dari setiap sudut undang-undang dan mengenakan tindakan sewajarnya kepada pihak yang terlibat agar perkara ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.


"Sekiranya permit hiburan telah diluluskan, pihak berkuasa pula harusl
ah menyiasat samada pihak penganjur telah melanggar syarat-syarat permit dan seterusnya dibuat pendakwaan untuk dihadapkan ke muka pengadilan," tegasnya.


Beliau juga merasa amat kesal akibat daripada peristiwa ini Port Dickson secara khusus dan Negeri Sembilan secara tidak langsung mungkin akan dikenali sebagai Pusat Pelancongan Pesta Liar bukannya Pusat Pelancongan Keluarga.

Sumber

Tiada ulasan: