Halaman

Isnin, 7 April 2008

Amar Makruf dan Nahi Mungkar (bahagian 6)

Kesan-Kesan mengabaikan amar ma’ruf dan nahi mungkar

1) Hati menjadi tidak tenang (yang melihat kemungkaran)

- Mereka yang membisu itu sentiasa resah gelisah. Mereka tidak mendapat ketenangan jiwa dan ketenteraman iman. Ketenangan iman hanya dinikmati oleh mereka yang berani menyatakan kebenaran dan menyebarkan cerita gembira tentang syurga, keunggulan dan keadilan ajaran Islam. Mereka juga mengingatkan manusia tentang azab neraka jahanam dan “qanun persamaan” balasan Allah S.W.T..

2) Keruntuhan Akhlak

- Sekiranya amar makruf dan nahi mungkar tidak dilaksanakan, akhlak masyarakat sekarang akan menjadi semakin parah. Dengan anak-anak mudanya yang suka membazir masa, agama semakin jauh ditinggalkan, hiburan akan menjadi semakin melampau-lampau. Kita boleh ambil contoh pada sambutan-sambutan besar didalam Negara yang tiap-tiap tahun akan dijalankan. Iaintu, sambutan tahun baru masihi dan juga sambutan kemerdekaan. Jika tidak ada orang yang menasihati ataupun memberi penerangan tentang “cara menyambut” perayaan-perayaan ini dalam konteks yang betul, maka akan bertambah teruklah akhlak mereka.

3) Jenayah berleluasa

- Bila akhlak semakin teruk, semestinya suasana didalam masyarakat itu akan menjadi tidak keruan. Statistik jenayah akan meningkat. Kita boleh ambil satu contoh dalam masyarakat kita sekarang ini. Saya bukanlah nak menyalahkan sesiapa, Cuma kita ambil itktibar dari berita ini.Menurut taklimat polis kepada Perdana Menteri, jenayah ganas meningkat 13.4 peratus. Kes rogol naik 30 peratus manakala rompakan berkumpulan melonjak 160 peratus. Mencabul kehormatan naik 12.4 peratus, pecah rumah waktu malam bertambah 21.7 peratus, pecah rumah siang hari naik 4.2 peratus, curi motosikal meningkat 3.2 peratus, curi kereta naik 11.4 peratus dan kecurian lain naik 5.1 peratus.”2 .

2.http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/rencana-&-pendapat/pm-terkejut-jenayah-tinggi.html

4) Negara akan mundur

- Setelah diteliti kesan-kesan diatas, akan timbul pulalah kesan ini. Iaitu Negara akan menjadi mundur. Ini adalah kerana, tiadanya pelapis yang boleh membawa arus kemodenan kepada Negara kita. Sebaliknya, ramai pemuda-pemudi sekarang yang hanyut dengan arus Hiburan yang melampau-lampau (Hedonisme) sampai tidak memikirkan masa depan mereka. Saya sebutkan beberapa rancangan yang bagi saya “melampau” dari sudut untuk berhibur. Antaranya Akademi Fantasia, Malaysian Idol, one in a million dan juga Bintang kecil (kalau dulu, ibubapa lebih suka anak-anak mereka Berjaya didalam bidang akademik. Tapi Sekarang, situasinya sudah tebalik.).

- Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka[468]. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? (surah Al-An’am : 32 )



[468]. Maksudnya: kesenangan-kesenangan duniawi itu hanya sebentar dan tidak kekal. Janganlah orang terperdaya dengan kesenangan-kesenangan dunia, serta lalai dari memperhatikan urusan akhirat.

Tiada ulasan: