Halaman

Selasa, 8 April 2008

Barghouthi : Peluasan Kawasan Yahudi Semakin Meluas.

Selasa,8/4/2008 - Dr. Mustafa Al-Barghouthi, selaku penggubal undang-undang dan setiausaha agung Inisiatif Kebangsaan Rakyat Palestin pada Ahad lalu berkata aktiviti peluasan wilayah semakin meningkat hampir dua puluh kali ganda sejak persidangan Annapolis sambil menambah bahawa rumah dalam pembinaan adalah berjumlah 11,332 unit.

Dr. Barghouthi menyatakan Israel sedang menyediakan sebuah negara Palestin dengan sempadan sementara termasuk rumah-rumah Israel dan ini bertujuan untuk mengasingkan Baitulmuqaddis daripada Tebing Barat serta mengambil wilayah Judaize Al-Aghwar dengan itu menjamin kawalan ke atas 46 peratus wilayah Tebing Barat.

Penggubal undang-undang itu terpanggil untuk menyatukan kedudukan rakyat Palestin bagi menghadapi Zionis dan memberitahu dunia tentang apakah yang telah dilakukan oleh Israel di sebalik tabir serta menolak sebarang penyelesaian separuh atau peralihan termasuk prinsip deklarasi yang rapuh yang berulang lagi.

Walaupun berlaku pencabulan berterusan Israel dan peluasan wilayahnya, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tetap mengadakan pertemuan baru Isnin ini dengan perdana menteri Israel, Ehud Olmert.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Tiada ulasan: