Halaman

Isnin, 14 April 2008

PAS Kedah tubuh Pusat Khidmat Wakil Rakyat

ALOR STAR, 14 April (Hrkh) - PAS Kedah akan mewujudkan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya.


Perkara itu dijelaskan oleh Timbalan Pesuruhjayanya, Ir. Phahrolrazi Zawawi di dalam satu perjumpaan khas petugas PAS di sini malam tadi.


Dalam perjumpaan yang dihadiri lebih 1,000 orang itu, Phahrolrazi menjelaskan untuk bagi Dun yang tidak dimenangi oleh Pakatan Rakyat akan dijadikan sebagai DUN angkat.


"Antara tujuan diwujudkan PKWR adalah untuk menjadi pejabat wakil rakyat dan memudahkan urusan rakyat dengan wakil rakyat. PKWR juga akan bertindak sebagai pembantu kepada wakil rakyat," jelasnya.


Menurut beliau, semua hal pengurusan PKWR tersebut akan dibiayai sendiri oleh Adun PAS yang berkenaan dengan dipantau oleh PAS Kawasan.


"Untuk melaksanakan cadangan tersebut, PAS Kedah telah mengeluarkan kertas kerja panduan kepada semua kawasan. Saya agar semua petugas parti bersama menjayakan gerakerja yang direncanakan di bawah PKWR ini," katanya lagi.


Sumber

Tiada ulasan: