Halaman

Isnin, 21 April 2008

Permata Ayah Bonda (versi Luahan)



Ditujukan Khas kepada adik-adik dan juga seangkatan dengan Saya

Mewangi kuntuman bahagia
dihalaman ayah serta bonda
menatang selaut cahaya
melerai resah dan gundah dijiwa

Ketika kau dilahirkan, hanya ada satu sahaja perasaan pada Ibu dan Ayah kau pada waktu itu. Iaitu suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya diri mereka dan Allah sahaja yang mengetahui perasaan mereka pada ketika itu. Kalau sebelum ini, mereka ternanti-nanti akan kelahiranmu dimuka bumi ini. Dengan lahirnya dirimu, maka penantian itu berakhir sudah. Maka penyeksaan rohani akibat penantian itu berakhir dengan ubat yang cukup mujarab, dikurniakan cahaya mata.

segunung impian dicipta
selangit harapan didamba
dibelai dimanja mesra
kaulah racun kau penawar
senyuman dan tangisan mu
pengubat luka dan lara

Sebelum kau dilahirkan lagi, Ibu dan Ayah telah menyimpan hasrat ataupun impian buat anak mereka. Maka setelah kau lahir kedunia ini, mereka akan cuba sebaik yang mungkin untuk menjadikan impian mereka berdua suatu kenyataan. Tiada dalam dunia ini yang mahukan anak mereka menjadi seorang yang jahat, malah Ibu-ibu dan bapa-bapa dalam dunia ini mahukan anak mereka menjadi orang yang baik-baik dan berjaya dalam hidup mereka. Oleh itu, didikan dan layanan yang paling baik diberikan pada dirimu kerana sayangnya mereka pada dirimu. Bak kata orang “kau lah racun, kaulah penawar”. Dek kerana sayangnya meraka pada dirimu, sampaikan sanggup berjaga malam untuk memastikan dirimu dalam keadaan yang baik. Si Ibu sanggup untuk mendapat sakit semata-mata nak lihat anaknya sihat sentiasa.

engkau umpama sebutir permata
diperlubukan sinar bersinar bercahaya
hiasi rumahtangga

Ibu dan Ayah akan terubat hati mereka bilamana melihat kau sihat dan gembira. Telatah dirimu membuatkan hati mereka terubat dikala hati mereka kerunsingan. Engkau bagaikan permata yang berharga pada diri mereka. Boleh dikatakan dirimu yang menghiasi rumah-tangga mereka.


Engkau harapan seisi keluarga
panjatkan doa dan air mata
yang pasrah kepada yang Esa

Anak-anak adalah harapan setiap Ibu dan Bapa didunia ini. Harapan yang sungguh besar diletakkan diatas bahu anak-anak mereka. Tetapi, tidak semua anak-anak menunaikan harapan Ibu dan Bapa mereka. Boleh dikatakan setiap hari, Ibu dan Bapa kau akan mendoakan dirimu dalam diam. Memang susah untuk melihat kedua IbuBapa mu megalirkan air mata dihadapan dirimu. Tetapi percayalah, mereka memang selalu mengalirkan air mata untuk dirimu. Mendoakan kebaikan untuk dirimu walaupun diri mereka diabaikan. Mendoakan menjadi seorang anak yang soleh ataupun solehah.


kepadamu kejora
kasih sayang dan pengorbanan
agar terus gemilang


Dididik diasuh tiap masa
diajarkan ilmu yang berguna
mengenal Allah dan Rasul
menyemai menyubur iman didada

Sejak kau lahir, kedua IbuBapa mu telah mendidik dirimu dengan sebaiknya. Kau tidak akan tahu, apa yang telah dilakukan oleh kedua IbuBapa mu sewaktu dirimu masih dalam keadaan kecil. Jadi, kau tidak boleh salahkan kedua IbuBapa mu sekiranya sekrang ini, lain pula situasinya. Percayalah….. tidak ada IbuBapa didunia ini yang akan mengabaikan anaknya dengan sengaja. Dirimu diajar dengan ilmu yang berguna, belajar mengaji, mengenal Allah dan Rasul, belajar menjadi seorang yang berakhlak. Dirimu telah disemai untuk menyuburkan iman didada.


Dilayu segala kekerasan
dilentur dengan kelembutan
dititip seuntai madah
hidup mu mula dan berakhir
menyusur fitrah dan sunnah
bernoktah dipenghujungnya

Suka untuk diulang sekali lagi bahawa, fitrah seorang manusia adalah menyayangi anak mereka dengan penuh kasih sayang. Dirimu diasuh dengan cara yang paling lembut. Kekerasan tidak sama sekali digunakan. Sekiranya kekerasan digunakan, dirimu tidak akan menjadi sebaik yang sekarang ini. Dalam untuk mentarbiyah seseorang, kita lebih “prefer” untuk mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w. (berhikmah). Kata-kata yang berhikmah diucapkan pada dirimu untuk dirimu berfikir. Moga-moga hidupmu mula dan berakhir dalam menyusur fitrah dan sunnah (insyaALLAH).

Tiada yang lebih membahagiakan
melihat dirimu kian membesar dewasa
didalam sejahtera

Setelah dirimu diasuh dengan cara yang paling baik, Ibu dan Ayah mu akan merasa bahagia sekiranya didikan mereka selama ini menjadi. Melihat dirimu membesar dalam keadaan sejahtera bersama Iman yang kukuh.


usah terpesona pujukan dunia
yang hanya menyilau pandangan
memukau dengan keindahannya

Dirimu yang sudah mula dapat berfikir dan sudah semakin membesar, akan nada ujian yang bakal menimpa. Ibu dan Ayah mu sering mengigatkan dirimu tentang bahaya pujukan dunia yang fana’ ini, walaupun dirimu tidak perasan akan hal ini. tetapi percayalah dan taatlah kata-kata Ibu dan Ayah mu selagi mana tidak bertentang dengan suruhan Allah s.w.t.. Dunia ini sudah banyak menipu manusia. Walaupun begitu, masih ada lagi yang tidak sedar akan perkara itu. Malah hanyut dan leka dengan keseronokkan dunia yang sementara ini.

nasihat ayah bonda
agar engkau lebih bersedia untuk menghadapinya

Itulah antara nasihat yang sering diingatkan pada dirimu agar lebih berhati-hati dalam menjalani hidup ini. Dugaan dan ujian yang akan datang, tidak dapat diduga oleh manusia kerana semua itu adalah kehendak Allah s.w.t.

Bersemi kelopak kasih sayang
Dipersada cinta yang sejati
titisan susu ibunda
menyegarkan dan menghapuskan dahaga

Sejak dari kecil hinggalah saat ini, kasih sayang yang diberikan oleh kedua IbuBapa mu tidak pernah susut malah sentiasa diperbaharui. Cinta IbuBapa pada anak-anak mereka, tidak pernah berbelah bagi. Tidak pernah membeza-bezakan antara satu sama lain. Kadang-kadang, anak-anak mereka sendiri yang menganggap sedemikian. Masih ingatkah dirimu tentang usia mu diwaktu masih bayi?. Air susu yang diperoleh dari Ibu mu lah yang telah menyegakan badan dan menghapuskan dahaga. Malah Ibu mu tidak pernah merungut setiap kali dirimu mahukan air susu.


renjisan keringat dari ayahanda
menyubur pohon kehidupan
tua yang sebidang tabah
buatmua doa dan harapan
jadilah insan yang mulia
pembela dihari tua

Tahukan kamu, betapa berkerja kerasnya Ayahmu untuk mencari rezeki buat dirimu dan keluargamu?. Tahukah kamu mengapa Ayahmu sanggup bersusah payah mencari rezeki sampai sedemikian rupa?. Itulah yang dinamakan kasih-sayang seorang ayah. Tidak pernah mengeluh dan merungut bila mana dalam soal membesarkan anak-anak. Walaupun dirinya sudah agak tua untuk mencari rezeki, digagahi juga dirinya agar dirimu dapat merasai makanan dalam hidup sehari-hari.


waktu bisa merubah segalanya
dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi redahi pancaroba
andai langkahmu tersasar kesimpangan
pulanglah kelaman ayah bonda
kembali menghuni ditamannya

Walaupun dirimu telah diasuh dengan baik sejak dari kecil, itu tidak menjadikan kamu kebal daripada semua ujian dan dugaan yang datang menimpa. Oleh itu, sentiasalah mengharap rahmat dari Allah s.w.t. selama mana kamu berada dimuka bumi ini. Sekiranya langkah mu tersasar, carilah Ibu dan Ayah mu. Kerana mereka lebih awal makan garam daripada kamu, malah ilmu mereka lebih banyak berbanding ilmu yang kamu peroleh selama mana kamu hidup. Kenanglah zaman dimana dirimu dididik dan diasuh dengan Islam yang sempurna, insyaALLAH…. Akan menemui jalan pulang. Ibu dan Ayah mu sentiasa menanti kepulanganmu…

Bersamalah semula menghirup embunan kasih sayang
sedingin air mata bonda

Engkaulah permata ayah bonda

Selain daripada amalan yang akan dibawa ke dalam kubur nanti, doa anak yang soleh juga merupakan ubat ataupun pelindung daripada Ibu dan Ayah kena azab kubur. Wahai anak-anak yang soleh dan solehah sekalian, jgn lupa untuk mendoakan kesejahteraan kedua Ibu Bapa anda semua.

Tiada ulasan: