Halaman

Isnin, 7 April 2008

Tindakan Tuan Guru Tepat Pada Masanya…

Oleh orangmuda

"a
Antara kenyataan Tuan Guru ialah:
"Saya nak tahu apa tak kena Islam dan apa lagi yang dia (Karpal Singh) tak setuju Islam. Semua masyarakat bukan Islam gembira berada di bawah kami (PAS),"

Tuan guru berkata lagi:
"Saya tanggung kos penginapan hotel. Tak payah jumpa saya pun tidak apa, jumpalah masyarakat bukan Islam di Kelantan dan lepas itu beritahu apa yang tidak baik dengan Islam ini," katanya. Tindakan Tuan Guru Tepat Pada Masanya… Pakatan Rakyat Harapan Rakyat!

Hari ini rata-rata rakyat di pelbagai peringkat mengadakan jamuan kesyukuran kepada Allah SWT sebagai tanda bersyukur di atas nikmat yang dikurniakanNYA. Cuma kita janganlah terlalu banyak mengadakan kenduri kesyukuran dan langsung lupa akan peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan bermula dari sekarang!.

Dan kita juga perlu menyedari bahawa musuh tidak akan duduk mendiamkan diri lantaran melihat keaadan yang tidak berpihak kepada parti UMNO/BN pada PRU kali ke-12 baru-baru ini. Setiap saat mereka akan mencari peluang untuk menjadi 'batu api' kepada perpaduan yang dikecapi oleh masyarakat pelbagai kaum dan berbilang bangsa.

Alhamdulillah pada 1hb April 2008 baru-baru ini telah tercipta satu lagi sejarah baru yang menyaksikan bagaimana telah tercapainya satu persetujuan di antara PAS, PKR dan DAP untuk menubuhkan satu gagasan rakyat yang diberi nama Pakatan Rakyat (PR). Antara matlamat utama ditubuhkan Pakatan Rakyat ialah seperti kata Dato' Seri Anwar Ibrahim didalam kenyataan beliau ialah:

"Pakatan Rakyat berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira kaum seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara. Dengan keputusan ini, bermakna kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor nanti akan dikenali sebagai kerajaan Pakatan Rakyat," jelas Anwar.


Datuk Ahmad Yaakub Tidak Salah…

Pada hamba kenyataan Datuk Ahmad Yaakub tiada yang cacatnya. Kenyataan beliau berbunyi: "PAS wajar menjadi tunjang kepada pakatan itu sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah Negara Islam."

Datuk Ahmad Yaakub hanya berkata 'jika' Pakatan Rakyat itu 'MAHU' menubuhkan sebuah Negara Islam. Jika pakatan tersebut 'TIDAK MAHU' maka abaikan sahaja kenyataan Datuk Ahmad Yaakub tersebut. Beliau hanya menyarankan supaya jika Pakatan Rakyat benar-benar 'MAHU' merealiasasikan sebuah Negara Islam maka PAS hendaklah menjadi tunjangnya.

Jika jawapannya 'TIDAK MAHU' maka pada hamba tidak nampaklah relevennya PAS untuk mengetuai Pakatan Rakyat tersebut. Biarkan PKR sahaja yang mengetuai Pakatan Tersebut. Lagipun pimpinan DAP hanya 'merestui' PKR mengetuai Pakatan Rakyat tersebut.


Di sini hamba nampak bijaknya politik yang dimainkan oleh Datuk Ahmad Yaakub.


Karpal Singh Masih Keliru atau Buat-buat Keliru?


Jika diperhatikan daripada profesion Karpal beliau merupakan seorang peguam yang 'cerdik' dan seringkali memenangkan anak guamnya. Jika profesion beliau sebagai peguam maka hamba membuat telahan bahawa beliau tidak terlepas daripada mempelajari sejarah berkenaan dengan 'Islamic State' dan juga beliau telah melihat akan 'keadilan' yang dimainkan oleh Mahkamah Syariah. Mungkin secara tidak langsung beliau telah mengetahui sejarah pemerintahan Islam.

Atau beliau memang sengaja tidak mahu menerima kebenaran berkenaan dengan Islam? Pernah suatu ketika beliau menyebut bahawa jika PAS hendak menubuhkan sebuah Negara Islam maka langkah mayat dia terlebih dahulu. Apa maknanya?

Maknanya beliau memang tidak mahu untuk melihat 'keadilan' Islam dipertontonkan di dalam Negara yang berbilang kaum dan bangsa ini. Jika 'keadilan' Islam berjaya dilihat dan dinilai oleh kaum bukan Islam maka 'keadilan' Islam lah yang mendapat tempat di hati rakyat.

Maka kita hendaklah melupakan sejenak pimpinan lama DAP tersebut kerana beliau sememangnya tidak mahu menerima kebenaran Islam. Maka pimpinan muda DAP yang lebih terbuka mindanya tersebut perlu kita raikan.


Tuan Guru Tampil Menyelamatkan Keadaan.


Dalam keadaan yang sebegini genting Tuan Guru tampil menyelamatkan keadaan dengan menjemput Karpal datang ke Kelantan untuk melihat sendiri suasana di Kelantan serta meminta Karpal Singh memberikan bukti di mana kelemahan PAS yang telah mentadbir Kelantan mengikut acuan Islam selama 18 tahun itu.

Antara kenyataan Tuan Guru ialah:

"Saya nak tahu apa tak kena Islam dan apa lagi yang dia (Karpal Singh) tak setuju Islam. Semua masyarakat bukan Islam gembira berada di bawah kami (PAS),"

Tuan guru berkata lagi:"Saya tanggung kos penginapan hotel. Tak payah jumpa saya pun tidak apa, jumpalah masyarakat bukan Islam di Kelantan dan lepas itu beritahu apa yang tidak baik dengan Islam ini," katanya.


Jelas kepada kita keadilan serta kecantikan Islam di Kelantan terjelma dibawah pemerintahan MB yang bergelar 'Tok Guru'.


Menunggu Respon Karpal Singh!


Kita menunggu apakah respon yang bakal diluahkan oleh Karpal dan sekiranya beliau menolak pelawaan Tuan Guru maka kita bolehlah membuat apa-apa andaian mengikut apa yang difikirkan sesuai.

Akhirnya kita berdoa supaya Allah SWT masih membuka pintu hatinya untuk menerima keindahan Islam. Apa yang kita mampu melakukan hanyalah berdoa dan kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa 'Hidayah' merupakan milik Allah.


http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8570


Tiada ulasan: