Halaman

Jumaat, 11 April 2008

Black 14 tak perlu permit, MB Selangor adalah Presiden Kelab Sultan Sulaiman

KUALA LUMPUR, 11 April (Hrkh) - Perhimpunan dan sambutan 'Black 14' yang dijadualkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 14 April kelak tidak memerlukan permit.


Menurut Naib Presiden KeADILan,Azmin Ali ini kerana kawasan tersebut adalah premis persendirian.


"Ia bukan tempat awam, lagipun Presiden kelab ini adalah Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) sendiri dan KeADILan telah minta izin daripadanya,"katanya kepada media di Ibu Pejabat KeADILan semalam.


"Program sambutan "Black 14" anjuran KeADILan di Kelab Sultan Sulaiman Isnin ini adalah sempena pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada sekatan undang-undang untuk memegang jawatan dan aktif dalam politik,"jelasnya.


Tambahnya lagi, Anwar akan menyampaikan ucapan pada malam itu dan dijangka tidak kurang daripada 5,000 anggota dan beberapa pemimpin tertinggi parti akan hadir.


"Pada 15 April (Selasa) ini secara rasminya Dato' Seri (Anwar) akan dapat bergiat semula secara aktif dalam arena politik selepas tidak dibenarkan aktif dalam politik, selepas dibebaskan dari penjara,"ulasnya.


Menurut Azmin,program itu bertujuan membolehkan masyarakat memahami bahawa perjuangan KeADILan adalah semata-mata untuk membawa perubahan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat.

SUmber

Tiada ulasan: