Halaman

Khamis, 10 April 2008

Presiden PAS terima rawatan di Hospital Kuala Terengganu

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Terengganu awal pagi ini ekoran aduan mengalami keadaan kesihatan yang tidak selesa sejak sebelum Subuh tadi.

ImageBeliau kini sedang menerima rawatan dari pakar-pakar perubatan di sana dan para doktor menasihatkan agar beliau berehat sepenuhnya.

Beliau sendiri baru sahaja menghubungi Pejabat Agung PAS dan menyatakan yang keadaannya tidak membimbangkan.

Semua ahli dan para penyokong PAS serta seluruh rakyat Malaysia diharapkan agar bersabar dan sama-sama mendoakan agar Tuan Guru segera pulih.

Setiausaha Agung PAS




Sumber

Tiada ulasan: