Halaman

Selasa, 22 April 2008

Saatnya turun pertolongan dari Allah s.w.t

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah tuhan sekalian 'alam. selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabi dan tabi'in serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang hidup ataupun yang telah meniggalkan dunia ini.

Alhamdulillah...selesai sudah usrah mingguan PMI di kolej ana nih. hehe...tajuknya bukan main lagi. maklum la... usrah nih baru jugala bermula. kehadiran agak memendungkan, mungkin kerana masing-masing ada urusan yang lebih 'aula... (Bersangka Baik).

Ana tertarik dengan ayat al-Qur'an pembukaan usrah kami.

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya mengusai negeri mekah), - Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, - Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya ia sangat-sangat menerima taubat."
(Surah An-Nasr : 1-3 )

Naqib usrah membawa ayat al-Qur'an ini untuk memberi gambaran ataupun situasi yang sedang berlaku di kolej kami sendiri. Bagaimana orang yang nakkan Islam itu sendiri adalah dalam kuantiti yang sangat sedikit berbanding dengan (ramainya) penuntut yang beragama Islam di kolej kami ini.

Perkara ini bukanlah suatu isu yang baru bagi student2 di kolej ini bahkan dimana2 pun, Isu yang sama tetap ada.

Hidayah itu milik Allah s.w.t.. Kita sebagai manusia hanya boleh mencuba dengan berbagai-bagai cara dakwah untuk menarik mereka2 ini. Keputusan akhirnya, kita serahkan pada Allah s.w.t.. Namun begitu, sebagai seorang yang bergelar muslim yang beriman, tidak sepatutnya ada dalam kamus diri kita ini perasaan (mengalah ataupun berputus asa). Kita boleh ambil contoh Sirah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Bagaimana Baginda berdakwah kepada manusia dalam jangka waktu yang lama, dan tetap sabar dengan kerja yang dilakukan.

Kembali semula kepada masalah dikolej ana sendiri. Ana dengan rasa penuh tanggungjawab, merasakan ramai diatara student-student di kolej ini, dahagakan ilmu agama. Cuma mungkin ada perasaan (Malu) pada diri mereka yang menyebabkan meraka (terpaksa) menjauhi majlis-majlis ilmu ini. Mungkin antaranya adalah

1)Malu bila mana, ada kawan-kawan yang mengatakan mereka ni nak jadi ('alim) konon.
2)Malu untuk melakukan perkara baik.
3)Malu kerana takut dikatakan orang yang ketinggalan zaman.

itu semua hanyalah anggapan ana sahaja berdasarkan pemerhatian selama mana ana berada dikolej ini. (wallahu'alam)

Ana masih menunggu saatnya turun pertolongan dari Allah s.w.t.. Yang mana, bilanya datang saat itu, kita akan dapat melihat (keramaian) manusia yang hadirkan diri kerumah Allah dan juga majlis-majlis ilmu. (insyaALLAH...masa itu akan sampai). Dan bilamana saat itu tiba, manusia tidak lagi segan untuk melakukan kebaikan berbanding zaman sekarang ini, manusia lebih tidak berasa malu bila mana melakukan kejahatan. Nauzubillah....

Ya Allah.... kau bantulah Pejuang-pejuang agamaMu ya Allah... Kau tumpaskanlah musuh-musuh Islam.... Berilah kemenangan kepada tentera-tentera Islam ya Allah...

Tiada ulasan: