Halaman

Khamis, 10 April 2008

MB Kedah sambut baik projek landasan berkembar elektrik Ipoh Padang Besar

matradin writes "Pihak konsortium yang dilantik oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi projek pembinaan landasan berkembar elektrik dari Ipoh ke Padang Besar yang melibatkan laluan di Negeri Kedah sepanjang 93.0 km telah menyampaikan taklimat pelaksanaan
projek mereka kepada Menteri Besar dan Ahli Exco Kerajaan Negeri.



Menteri Besar dan keseluruhan ahli Exco Kerajaan Negeri menyambut baik pelaksanaan projek yang telah bermula sejak awal bulan Januari 2008 yang lalu. Mengikut jurucakap konsortium MMC Gamuda yang telah diberi tanggungjawab oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) kemajuan kerja sehingga sekarang telah mencapai 5%.


Dalam taklimat tersebut YAB Menteri Besar Kedah melahirkan rasa prihatin Kerajaan Negeri dengan masalah setinggan yang terlibat dengan pelaksanaan projek tersebut dan beliau telah meminta supaya pihak konsortium lebih menitikberatkan kebajikan mereka dalam menangani isu ini. YAB Menteri Besar juga memberi jaminan akan memberi kerjasama kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) dan pihak konsortium dalam menentukan pelaksanaan projek ini berjalan lancar.


Selain daripada itu Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri memberi pandangan pelaksanaan projek ini perlulah mengambil-kira sensitiviti masyarakat setempat agar tidak menimbulkan kesan sosial kepada rakyat di Negeri Kedah. Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri juga sependapat Negeri Kedah seharusnya mendapat faedah secara langsung daripada pelaksanaan projek mega ini. ini termasuklah faedah jangka panjang dengan mewujudkan beberapa hub pelabuhan darat dan kemudahan komuter yang memberi ransangan kepada pertumbuhan ekonomi negeri Kedah.

Sumber

Tiada ulasan: