Halaman

Selasa, 1 April 2008

KENALI MENTERI BESAR ANDA - SEMUANYA HEBAT-HEBAT

MB SELANGOR – Tan Sri Khalid Ibrahim

123

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau pernah
bertanding dalam pilihan raya kecil dan.08 Ijok, Selangor pada 28 April 2007. Tetapi cubaan pertama beliau,
tewas kepada calon muda MIC Barisan Nasional iaitu Cikgu K. Parthiban.Tan Sri Khalid adalah
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).

Biodata

Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P lahir pada 1946 di Kampung Jalan
Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor. Khalid Ibrahim belajar di Sekolah Melayu Jeram pada
1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung
Kuantan. Khalid Ibrahim mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya
dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.

Kerjaya

Kini bertugas sebagai Pengerusi Dana Amanah Mellenia Berhad, Fellow Institut Penyelidikan
Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Ahli Kehormat
Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).Selain itu Malaysia
Discount Berhad, Lembaga Pengarah SIRIM Berhad.
Khalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit , pegawai kewangan
korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower
Exchange Fellowship Program pada 1989.

Beliau juga ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory
Forum di Islamic Development Bank, Jeddah. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council
(ABAC).

Anugerah

Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah
Business Times
anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate
Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti
Queensland 2001.


Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First
Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.
Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti
Oxford.


Politik

Atas jasa beliau, Guthrie Berhad telah membina Lebuh raya Guthrie dari Kuala Selangor ke
Sungai Buluh bersambung dengan Lebuh raya Utara Selatan.
Pusat latihan penyelenggaraan jentera industri dengan kerjasama UMW Berhad telah dibina di
Kuala Selangor.

Program Rakan Jaya Diri diadakan di Kuala Selangor bagi melatih pelajar yang tercicir dari
persekolahan dan seterusnya bekerja dengan Guthrie Berhad.


Beliau terus menjawat jawatan Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Perhubungan
PKR Selangor. Dalam pilihan raya kecil Ijok, ucapan tersasulnya ‘Undilah Barisan Nasional’ telah
diulang-ulang dalam media elektronik.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

MB Kelantan – Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

123

Nama: Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tahun Lahir: 1931
Tempat Lahir: Pulau Melaka
Status: Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10
cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil
jurusan agama sebagai pilihan utama.

Pendidikan:

 Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan). – 1936
 Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
 Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
 Universiti Deobond, India – 1952.
 Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
 Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
 Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.

Penguasaan Bahasa:

 Melayu
 Inggeris
 Tamil
 Urdu
 Arab

Pekerjaan:

 Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
 Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
 Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
 Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Politik:

 1967 – Daftar sebagai ahli PAS.
 1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
 1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
 1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen
Pengkalan Chepa).
 1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
 1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
 1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
 1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan.

Kesimpulan Jawatan Politik:

 19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
 4 Tahun Sebagai Ahli DUN.
 Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 16
Tahun.
 Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen
Selama 39 Tahun.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

MB KEDAH – USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABD. RAZAK

123

UMUR : 64 TAHUN

PENDIDIKAN:

 MAKTAB MAHMUD, ALOR SETAR (1966)
 SARJANA MUDA SYARIAH UNIV. AL-AZHAR 1972,
 M.PHIL IN LAW.DEPT OF LAW UNIV. OF KENT
CANTERBURY ENGLAND 1978


PENGALAMAN KERJAYA:

 PENSYARAH KETUA JABATAN SYARIAH UKM
 PENGARAH URUSAN HARAKAH
PEKERJAAN SEKARANG:
 PESARA PENSYARAH/ PESARA ADUN
JAWATAN DALAM PAS:
 AHLI JAWATANKUASA PAS PUSAT
 PESURUHAJAYA PAS KEDAH
 YANG DIPERTUA PAS YAN

PENGLIBATAN NGO:

 AJK PERSATUAN BEKAS PELAJAR MELAYU TIMUR TENGAH
 AJK PERSATUAN FALAK SYARIE MALAYSIA
 AHLI PERSATUAN SYARIAH ASIA TENGGARA (SOUTH EAST ASIA ASSOCIATION)

PENGALAMAN ANTARABANGSA:

 MUKTAMAR AL-HAJ ANJURAN ALL INDIAN IRANIAN ASSOCIATION NEW DELHI,
INDIA
 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA DI 1st ASEAN SYARIAH ADMINISTRATION
CONFERENCE WORKSHOP, MANILA (1983)
 PERSIDANGAN GERAKAN ISLAM SEDUNIA, TURKI (1995)
 PERSIDANGAN ISLAM SEDUNIA, LUNMAM (2001)
 CONFERENCE OF SOUTH EAST ASIA ISLAMIC LAW, MANILA

HASIL PENULISAN ANTARABANGSA:

 DIRASAH HAWLA AT TASHRIQ AL ISLAMI, TERBITAN KEMENTERIAN HAL EHWAL
AGAMA ISLAM FILIPINA.
 INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW JURISPRUDENCE, TERBITAN OFFICE OF
MUSLIM AFFAIR AND CULTURAL COMMUNITIES, QUEZON CITY, FILIPINA, 1986
 SYARIAH, ADAT AND COMMAND LAW AMONGST THE MARANOAS OF SOUTHERN
PHILIPPINES: AND EXPLORATORY AND COMPARATIVE STUDY, TERBITAN
SOUTHEAST ASIAN STUDIES PROGRAM.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

MB Pulau Pinang – Lim Guan Eng

123

Nama: Lim Guan Eng
Tarikh Lahir: 08/12/1960
Status: Berkahwin dengan Betty Chew Gek Cheng

Pendidikan:

 Sekolah Rendah – Sekolah Inggeris PJ lah Salle & Batu Pahat Montfort
 Sekolah Menengah – Sekolah Tinggi Batu Pahat & Sekolah Tinggi Melaka
 Universiti – Monash University, Australia (Sarjana Muda Ekonomi)

Kerjaya:

 Merupakan akauntan professional semenjak 1983.
 Bank Senior Executive.

Politik:

 Ahli Parlimen Kota Melaka – 1986 hingga 1999 (3 penggal)
 Tahanan Politik (ISA) pada 27.10.1987 hingga 19.04.1989 (18 bulan)
 Dilantik sebagai Ketua Pemuda Socialis DAP pada 1992.
 Dilantik Sebagai Timbalan Setiausaha DAP pada 1995.
 Ditahan semula selama 18 bulan pada 25/08/1998 (Skandal Ketua Menteri Melaka,
Rahim Tamby Chik)
 Dilantik sebagai Setiausaha DAP pada 2004.

Penglibatan Antarabangsa:

 Bekas Presiden MUISS (Monash University International Student Society).

---------------------------------------------------------------------------------------------------

MB PERAK – Ir Mohammad Nizar Jamaluddin

123

Mengenali Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar
Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam
Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar,
kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo
Chinese, Kampar.

Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik,
Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance
Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich,
Norfolk, England.

Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal
dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya
ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian
bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan
Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek
Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri
(1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan
kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli
belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis
sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma
swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah
negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok
Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.


Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli
Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua
PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang
jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri
Besar Perak).

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan
masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah
motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan
kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta
terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).


Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah
Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak
kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga
lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala
anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi
pendidikan dalam negeri.


Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang
pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di
bawahnya. "Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat
menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul. "Sebagai ketua pejabat,
beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau
bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.
Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau
bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air
Perak (GPAP).

Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka
kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan
ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.


Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina
dan Tamil.
Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa
dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat. Perkenan Sultan
Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang
tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak.

SEMUANYA HEBAT-HEBAT

Tiada ulasan: