Halaman

Sabtu, 12 April 2008

Saya tidak beri kebenaran - Azizan

asri67 writes "

 ALOR STAR 11 April - Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak menafikan beliau memberi kebenaran kepada peniaga-peniaga kecil untuk berniaga di tempat letak kereta di hadapan Pekan Rabu.


Azizan berkata, semalam beliau hanya memberi kelonggaran kepada peniaga berkenaan berniaga bagi mengelakkan pembaziran disebabkan kesemua mereka telah menyediakan barangan jualan mereka.


"Tak elok jika makanan dibuang begitu sahaja jadi apabila mereka memberitahu saya, saya berikan satu hari sahaja untuk mereka berniaga di situ.


"Tempat itu memang dilarang untuk berniaga kerana dikhaskan untuk meletak kenderaan sahaja," ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan para peniaga di hadapan Pekan Rabu yang mengatakan bahawa mereka mendapat kebenaran daripada beliau untuk berniaga di tempat letak kereta di situ.


Semalam Utusan Malaysia melaporkan 10 peniaga kecil di hadapan Pekan Rabu di sini terpaksa menghentikan perniagaan mereka setelah Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) mengeluarkan larangan berniaga di situ.


Ada peniaga yang berniaga di situ selama lebih sepuluh tahun dan masalah sama sering timbul sehingga menyekat rezeki mereka.


Menurut Azizan, perkara itu adalah diluar bidang kuasanya kerana ia di bawah urusan pihak MBAS dan beliau tidak mahu campur tangan dalam perkara tersebut.


"Saya akan cuba berbincang dengan MBAS untuk mencari jalan penyelesaian bagi perkara ini.


"Tapak perniagaan baru bagi peniaga-peniaga kecil ini perlu ada supaya tidak timbul masalah seperti yang berlaku semalam," katanya.


Kata Azizan, beliau turut bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga kecil tersebut yang kehilangan tempat mencari rezeki dan berjanji akan mencari tapak perniagaan baru untuk mereka.



Sumber

Tiada ulasan: