Halaman

Sabtu, 1 Mac 2008

Kalau Undi ada dapat duit ke?

Tarikh : 1/3/08 (sabtu)

Masa : 7.13 pagi

Tempat : Hostel kolej

Semalam, ana telah melalui suatu pengalaman yang baru dalam hidup ini. Dan seperti biasa la, ana nak katakana bahawa Setiap manusia diatas muka bumi ini mempunyai pengalaman yang berbeza-beza. Alhamdulillah….kerana Dia telah memilih ana untuk menempuhi pengalaman ini. Walaupun ianya berlaku dalam satu hari sahaja, tetapi hikmah disebalik pengalaman itu memang tidak dapat dilihat jika ianya hanya dipandangan mata.


Kira-kira jam 12.10pagi sahabat serumahku balik dengan agak tergesa-gesa jugalah. Ku bertanya “ko gi Solat Jumaat naik apa?”. “aku tak solat kat sini, aku solat kat Pantai (satu kawasan dalam DUN Lenggeng, Negeri 9 ). Ku kena teman abang Zul. Ko nak ikut ke?. Jom la ikut kitaorang. Aku dgn Rashid je”. Kata dier. Waktu tu pun, ana agak senang sikit dengan tiada kelas disebelah petang ditambah pula dengan “boring” tiada apa2 nak buat. Lantas ku membuat keputusan untuk mengikut “ekspedisi” ini dan sepantas mungkin ku bersiap. Kami bergerak dari blok SS19 ke blok SS08 untuk menjemput Rashid sebelum bergerak ke rumah abang Zul. Setibanya dirumah abang Zul, keretanya sudah tidak kelihatan lagi dihalaman rumah. “alamak, diaorang dah gerak la” kata Rashid. Yusof dengan gaya pelumba kerata telah mengambil langkah pantas iaitu (bawak kereta dengan agak laju jugalah). Kebetulan pula malam semalam ana kurang tidur kerana dek mengerjakan Assingment yang belum siap sepenuhnya. Lantaran dari “ketidakcukupan” waktu tidur, ku telah (Qada’) tidur sewaktu dalam perjalanan mengejar kereta Abang Zul. Dengan izin Allah, kami dapat mengejar kereta abang Zul yang pada ketika itu memang sedang menunggu kami untuk sampai. Setelah semua kereta sampai, kami berkonvoi 3 kereta ke Masjid dikawasan Pantai untuk bersolat jumaat.


Selesai sudah solat Jumaat, kami bergerak ke gerai-gerai yang ada dihadapan Masjid tersebut untuk menyapa orang ramai dan juga singgah disalah satu kedai untuk “mamam” tgh hari. Alhamdulillah… kenyang dan sedap makan kat situ, Ditambah pula dengan “tak payah bayar” sebab ada orang belanja. Setelah siap semuanya, kami bergerak ke rumah Abang Zul untuk penambahan orang. Sebelum kami bergerak ke rumah abang Zul, kereta kami kena “makang” juga. Kenalah pergi cari stesen minyak yang terdekat. Huh….stesen minyak yang paling hampir pun dalam 10-15 min baru leh sampai.jauh juga ye. Masa dekat Stesen minyak tu, memang ana asyik tersenyum sahaja. Dek kerana orang-orang yang berada disekeliling tempat tu, asyik pandang je kat kereta kami dan kereta abang Zul. (^_^). Ada apa?. Hehe…rahsia la. Setelah semuanya selesai, kami bergerak ke rumah abang Zul. Tukar orang dan juga tambah orang (pandu arah) bergerak ke rumah rakyat kalau tak salah kawasan Pantai juga. Haa…masa ni seronok sikit sebab dapat melihat dengan mata sendiri bagaimana “kerja” bergerak. Dari satu rumah kesatu rumah kami masuk. Semuanya mesra sahaja menyambut kehadiran kami, Alhamdulillah. Tidak lupa juga dengan “sapaan” anjing pemilik salah sebuah rumah ditaman tu (terkejut dibuatnya). Habis kami tawaf satu kawasan tu dengan berjalan kaki (ini yang seronok ni) sambil mengedar risalah untuk bacaan dan pengetahuan penduduk disitu. Pada diri saya, Abang Zul sudah tidak asing lagi bagi penduduk di perumahan rakyat tu. Malah kehadiran beliau, memang ada yang menantikannya. Kira-kira 40 min berlalu, selesai sudah satu kawasan perumahan tu kami jelajah dan tibalah masanya untuk merehat-rehatkan kaki. Hehe… kami berhenti disatu deretan kedai runcit. Abang Zul dan kawan (satu kerata) turun dari kereta dan duduk dimeja makan salah satu gerai disitu untuk menikmati minum petang. Lupa pula nak bagitau. Waktu kejadian tu, lebih kurang jam 5ptg. Takkan la abang Zul mamam, tp kami dok diam je dalam kereta yang satu lagi. Kami dengan rasa tak bersalahnya keluar dari kereta dan terus meluru kearah gerai yang paling hujung dan paling jauh dari abang Zul. Mula-mula kami hanya ingin membeli aiskrim 20sen sebagai hidangan pada petang tu. Tetiba pula abang Zul panggil Rashid untuk ambil duit RM10 dari dia. Apa lagi, kami pun amik la aiskrim yang mahai sikit dan juga beberapa makanan lain. Alhamdulillah dapat merasai nikmat makan petang disana dengan juadah (yang sudah lama tidak merasai) yang “ringan” tetapi sedap. (^_^). Kami ingatkan misi hari ini telah selesai dan kami boleh bergerak balik ke kolej. Sangkaan kami tidak tepat, kerana lepas habis makan tu kami kena bergerak ke “kampong Orang asli”. “apa???.....kampung orang asli?” ku bermonolog sendirian”. Masa tu dalam fikiranku, kampong orang asli tu mesti jauh kedalam kawasan hutan dan mesti mengambil masa yang lama untuk sampai. Kami bersiap-siap dan bergerak dari deretan gerai dalam jam 5.30ptg.


Dalam perjalan tu, kami singgah di Masjid Kariah Ulu beranang (kalau tak salah ana). Kami solat asar secara berjemaah dan kemudia bergerak terus kekawasan penempatan orang asli tu. Diluar pagar Masjid Kariah telah kelihat 2 buah kereta lagi yang akan berkonvoi bersama kami. Kalau tadi 2 kereta sekarang dah jadi 4 kereta. 2 kereta yang baru tu dikira sebagai orang yang kenal kawasan perkampungan orang asli tu. Memang nak sampai kekawasan orang asli tu, kami mesti masuk ke pedalaman sedikit. Nak sampai kekawasan tu mengambil masa dalam 10-15min dari Masjid Kariah Ulu Beranang tu. Apabila masuk sahaja dalam kawasan mereka, kelihatan anak2 muda orang asli sedang bermain “sepak takraw” yang ana beranggapan umur meraka sekitar 22-25tahun. Ternyata sangkaan ana meleset kerana seorang sahaja yang dari mereka berumur 21 tahun, yang lainnya masih lagi dalam lingkungan 18-20tahun. Ya Allah, badan mereka semuanya besar-besar dan tidak menampakkan umur mereka belum menceceah 20 tahun lagi. Disana, kami mulakan kembali “kerja” dengan melawat dari rumah ke rumah. Ha… yang paling seronok kat sini adalah (begitu banyaknya Anjing peliharaan orang2 asli disini). Ada yang garang dan ada juga yang buat xtahu sahaja bila kami lalu disebelah. Masa tu dalam fikiran ana hanyalah “bahaya ni kalau dia dekat kat aku, nanti nak kena samak pulak…..alamak leceh nyerr”. Bila sampai dirumah no 2 yang kami lawati dikawasan tu, ana tersenyum sahaja bila mendengar apa yang dikatakan oleh orang dirumah tu. Yang ana ingat adalah “kalau undi ada dapat duit ke?”. Ana menggelengkan kepala sahaja bila mendengar ayat yang dilafazkan oleh pakcik tu. Ana berfikir, adakah mereka2 ni telah “DI SET” minda mereka, sehinggakan menjadi seteruk ini. Lawatan kami tidak terhenti setakat tu. Masih banyak lagi rumah yang belum kami kungjungi. Kami meneruskan “ekspedisi” dengan masuk lagi dalam untuk mencari rumah2 yang ada dalam kawasan tu. Kalau tak salah, lebih kurang 40 buah rumah kesemunya yang kami sempat lawati ketika berada dikawasan orang asli tu. Setelah selesai semuanya, baru ana sedar yang jam sudah menunjukkan pukul 7.15malam. wah…lama juga ye kami berjalan. Sedar tak sedar siang sudah melabuhkan tirai. Semasa kami bergerak untuk keluar dari perkampungan orang asli tu, (ana,Rashid dan yusuf) telah dikejar oleh 2 ekor anjing yang mana anjing itulah juga yang kami jumpa semasa dalam perjalanan kerumah yang terakhir dalam siri lawatan perkampungan tu. Ada satu ilmu baru yang kami (ana,Rashid dan yusuf) belajar sewaktu mengikuti lawatan tu. heheh…iaitu ilmu menghalau anjing. Hukhukhuk….ianya bermula apabila (makcik) salah seorang daripada ahli ekspedisi ini menghalau anjing menggunakan cara yang tersendiri. (^_^). Masa kami lihat, memang tersenyum habis la dengan cara yang digunakan. Berbalik pada kejadian kami kena kejar anjing tu, orang yang menghalau anjing2 tu adalah suami kepada (Makcik) tu juga. Sebenarnya banyak lagi yang ana nak ceritakan ketika diperkampungan orang asli ni, tapi masa tidak mengizinkan untuk ana menulis lagi.


Dalam perjalanan balik ke kolej, ana menghabiskan masa dengan Tidur (^_^) sebab bahagian belakang kereta luas dan memang ada peluang untuk baring. Sedar-sedar sahaja kami dah sampai dikawasan kolej. Yusuf cakap kat saya, pada sebelah malam mereka akan kesana semula untuk mengikuti Ceramah Umum yang dianjurkan dikawasan Pantai. Saya tidak dapat nak ikut kerana kekuatan badan dan juga assignment yang masih belum disiapkan sepenuhnya.


*fikiran orang2 asli telah “diset” dan ada juga ayat2 yang memang sedih sahaja bila ana mendengarnya. Ada juga pengalaman di perkampungan orang asli tu yang tidak dapat ana karang dalam penulisan ini. Kalau nak tahu, kena bertanya dengan lebih lanjut dari ana.

wassalam....

Tiada ulasan: