Halaman

Selasa, 4 Mac 2008

Pengalaman sewaktu di Matrikulasi PTPL Shah Alam (Batch Terakhir)

Bismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillah…bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, diri kita masih lagi diberi peluang untuk memperbanyakkan amalan supaya sampai di negeri akhirat nanti tidak dengan bekalan yang kosong. Alhamdulillah juga ana ucapkan kerana diberi nikmat kesihatan dan rezeki yang baik.

Penulisan kali ini adalah permintaan sahabat ana mengenai pengalaman ana sewaktu belajar di “matrikulasi PTPL shah alam” dahulu. Mula-mula agak berat jugalah untuk ana memenuhi permintaan sahabat ana tu. Bukan apa, memandangkan jangka masa belajar di sana adalah terlalu singkat menyebabkan ana berat untuk memenuhi permintaannya dan ana tidak berapa mengigati sepenuhnya apa yang terjadi sewaktu belajar disana. Namun, atas dasar “persahabatan” ana cuba juga untuk mengigatinya satu persatu. insyaALLAH…

Untuk pengetahun semua, “start” daripada Matrikulasi inilah ana mula mengenal apa….mengapa….kenapa…. ana menganut islam tercinta ini dengan lebih mendalam. Walaupun sedikit, tetapi disitulah titik permulaan segala-galanya. Alhamdulillah…

Kalau diingat kembali bagaimana ana mendapat peluang belajar disana, memang diluar jangkaan. Alhamdulillah… kerana ana telah dipilih daripada ramai2 manusia dibumi Malaysia ini untuk belajar disana. Kuasa Allah SWT memang kita tidak boleh jangka. Allah SWT telah menjadikan sahabat ana (Faisza) sebagai medium untuk menjadikan sebab ana masuk kesana.

Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan tempat (Yg terhad) di Matrikulasi (PTPL Shah Alam), ana perlu melakukan perkara yang memang disaat-saat akhir. Setelah berhempas pulas menyediakan segala yang diperlukan, akhirnya ana telah berdaftar sebagai salah seorang pelajar dibawah “Foundation Studies” tetapi Jurusan Matrikulasi. Peperiksaan, silibus dan segala-galanya adalah sama dengan Matrikulasi Awam. Cuma tempat sahaja di kolej swasta.

Permulaan….

Datang bersama-sama dengan keluarga untuk melihat hostel. Selepas semua student selesai mendaftar, yang perampuan dibawa kehostel yang berada dalam kawasan pendaftaran itu juga. Yang lelakinya dibawa menaiki Van untuk kehostel yang terletak kira-kira 600 meter dari tempat belajar. Masa mula-mula dibawa kesana, ana sudah memikirkan “kepenatan” belajar disana. Kerana memikirkan kelas petang yang sudah semestinya penat, ditambah pula nak balik ke hostel mesti berjalan kaki (tiada perkhidmatan kenderaan disediakan). Hostel kami adalah deretan kedai yang berhadapan dengan sek.ren. seksyen 13 shah alam. Segala-galanya baru bagi ana masa tu. Mana taknya, sebelum ini ana tidak pernah duduk asrama dan memang tidak pandai untuk duduk berjauhan dari IbuBapa. Kebetulan pula, tempat tu memang strategik juga kalau mengikut keperluan semasa. Dekat dengan Giant shah alam, tesco shah alam, PKNS dan alam sentral pun tidak begitu jauh ditambah lagi dengan Stadium shah alam dan stadium tertutup melawati. Huh segala-galanya macam serba lengkap sahaja. Untuk pengetahuan semua, jumlah student jurusana matrikulasi ditempat ana kalau tidak salah dalam 150 keatas. Tetapi…lama kelamaan menjadi tak sampai 50 orang.

Pertengahan….

Pelajar- pejalar disana sudah mula “berpindah” kerana mendapat tawaran yang lebih baik ditambah pula kerana tidak dapat mengikuti “kelajuan” belajar jurusan matrikulasi. Memang tidak dinafikan, belajar subjek-subjek matrikulasi adalah berbeza sangat dengan jurusan-jurusan yang lain. Rasanya tidak perlu ana katakana disini kerana siapa yang ambil, dialah yang mengetahuinya. Start sem baru iaitu selepas kami cuti pertengahan sem, ana dah mula mengenali abang-abang yang selalu berdamping dengan surau ni. Alhamdulillah, kerana telah pertemukan ana dengan seorang yang bernama Firdaus. Orangnya tidak begitu tinggi, berkaca mata, badan agak berisi, muka putih dan selalu sahaja membawa mushaf bersamanya.Ana mengelarkan dirinya sebagai Firdaus Azan. Kerana kalau dia azan, memang naik bulu roma ana. Banyak perkara yang ana belajar dengan dia. Dia pun selalu menegur ana bila ana buat kesalahan. Selepas daripada perkenalan tu, barulah ana mula mengenali ramai lagi abang-abang yang dekat hatinya dengan Masjid. Ana kagum dengan peribadi Firdaus (Presiden PMI pada masa tu). Orangnya tenang sahaja walaupun dalam keadaan yang tidak berapa baik. Pernah sekali tu ana berselisih dengan akhi firdaus di Masjid Shah Alam kerana ada program disana. Kami berbual-bual sambil menjamu selera dengan makanan yang telah disediakan. Masa tu, memang ana segan sikit dengan keperibadian akhi ni sampaikan nak berbual pun malu-malu. Bila tiba masa untuk berangkat balik ke hostel,baru ana perasan yang akhi firdaus telah terpisah daripada kawan-kawan dia. Kebetulan pula masa tu kawan ana dah sampai untuk menjemput ana. Ana tanya akhi firdaus berkenaan dengan pengangkutan untuk balik ke hostel. Dia kata “kalau tak salah saya,kawan saya ada datang kesini tadi. nanti saya call dia”. Dia terus call kawan dia untuk mengetahui kedudukannya. Tapi telefon tidak diangkat, membuatkan ana berasa serba salah untuk meniggalkan akhi firdaus keseorangan disitu. Dia kara “kawan saya ada, dia akan datang kejap lagi. Enta balik la dulu” sambil memberi senyuman pada ana. Hanya tuhan yang tahu pada masa tu, memang rasa serba salah sungguh-sungguh. Sebelum keluar dari pagar masjid shah alam tu, ana tawaf sekejap sekeliling masjid tu, untuk mencari kawan akhi firdaus (yang kebetulan pula nama dia pun firdaus juga). Sampai di tempat “parking” motor, ana lihat (Firdaus Kopiah) ada disitu sedang cuba untuk menghidupkan enjin motor. Ana pun pesan pada dia yang akhi firdaus sedang menunggu disebelah sana. Dia senyum sahaja dan kami terus berangkat balik ke hostel dengan perasaan lega.

Pengakhiran….

Hmm…memang sedih untuk menceritakannya. Ketika ini, jumlah pelajar hanyalah sekitar 50 orang dan dengan jumlah itulah ana dapat jugalah mengenali kesemua mereka. Dan kalau tidak silap, waktu sem akhir inilah kami Berjaya menganjurkan perkhemahan untuk batch terakhir marikulasi di PTPL Shah Alam. Perkhemahan yang bagi ana, ok (boleh diterima) kerana unsure pergaulan antara lelaki dan perempuan = terjaga juga.walaupun banyak ketawanya, banyak juga inputnya. Masa perkhemahan itu jugalah ana dapat melihat dengan lebih dekat perangai sorang-sorang. Sebenarnya seronok melihat telatah manusia ni, dapat muhasabah diri kita sendiri tentang sejauh manakah hubungan kita dengan pencipta dan juga hubungan sesama manusia. Apa yang peting daripada cerita ini adalah, kesan didalam hati yang membawa sehingga kehari ini. Kemanisan “ukhwah” islamiyah yang terjalin antara ana dan 3 orang firdaus ini (firdaus azan, firdaus Presiden, firdaus kopiah) memang menjadikan “batu loncatan” untuk ana lebih mendalami Islam itu sendiri.


wassalam...

Tiada ulasan: