Halaman

Isnin, 10 Mac 2008

KTM Batang Benar

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum keluarganya, para sahabat, para tabi' dan tabi'in dan seluruh kaum muslimin dan muslimat yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Alhamdulillah...bersyukur keatas ilahi dengan limpah kurnia dan inayah dari-Nya, dapat sekali lagi ana menitipkan sesuatu didalam blog ini. walaupun masa agak terbatas dengan "assingment" yang masih lagi belum dihantar kepada pensyarah dan juga ulangkaji pelajaran untuk exam pada 13 mac 2008 ini. Ana akan menulis bila ada sesuatu perkara yang menarik berlaku kepada diri ana.

Pagi tadi, iaitu lebih kurang jam 00.50pagi ana mencapai baju sejuk + Seluar Jeans(kerana kesat dan sesuai untuk lasak) + Kasut(thn lasak) + Handphone + kunci rumah + Beg duit + kunci motor dan Helmet untuk bergerak keluar dari kawasan hostel menuju ke stesen KTM Batang Benar. (^_^). Cuaca pada pagi tadi memang sejuk ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang memang gelap menyukarkan ana untuk menunggang motosikal ke stesen KTM Batang Benar. Ana tabahkan hati dan gagahkan diri untuk meredah kegelapan malam tu, hanya kerana seorang sahabat(Hasan Husaini) baru balik dari UPSI kerana ada urusan penting. Sejak dari rumah lagi mulut ana tidak henti-henti membaca doa pelindung diri daripada syaitan dan juga perkara2 yang tidak diingini. Contohnya ayatul kursi, 3 Qul dan juga Surah al-Fatihah (semua-semua ni adalah yang paling Basic). Alhamdulillah ana selamat sampai ke stesen KTM Batang Benar dalam masa lebih kurang 10min. Bila sampai disana, sahabat ana terus mara kearah ana untuk balik bersama. Yang ana tidak sangka, sahabat ana hanya sehelai sepinggang balik dari UPSI tu. Ana tanya dia, mana beg hang?. Dia kata mana ada, masa pergi tadi memang ku tak bawa apa-apa pun. "huh....hebat ni" kata yang terdetik dalam hatiku. sebelum kami bertolak, sahabat ana mencapai "serban" dan melilit atas kepala kerana hanya ada satu helmet bersama kami. Alahmdulillah...kami selamat sampai ke Asrama pada jam 1.15pagi.

sesampai sahaja dibilik, ana tidak terus tidur. ku gagahi diri ini untuk duduk dihadapan laptop kerana ingin mengikuti perkembangan dalam negara. sedar tak sedar, jam sudah menunjukkan 2..00 pagi. Mata dan layu, bantal sudah memanggil manakala laptop sudah menjerit supaya bagi dirinya rehat (bukan manusia je yg nak rehat). sebelum mata tertutup, ku sempat membaca doa tidur (selalu tak sempat nak baca) dan ayatul kursi.

Sedar sahaja dari tidur, sudah berlalu azan Subuh. "aduhh.... terlepas jemaah lagi"itulah yang terungkap setiap kali bangun lewat.TERUK SUNGGUH!!!. lepas subuh, terus tidur. Keadaan waktu tidur tidak begitu baik, kerana pada pagi tu (jam 8.30pg) ana ada final exam. Ana tersedar dari mimpi pada jam 8.40pagi, memang sudah terlewat untuk masuk dewan peperiksaan.Dengan sepantas (yang manusia boleh buat) ana mencapai tuala untuk mandi dan perkemaskan diri. lebih kurang jam 8.55pg ana masuk ke dewan peperiksaan. Pertama kali dalam sejarah hidup ana, masuk ke dewan pepriksaan lambat. (^_^) book of record (jgn contohi perlakuan ini). Peperiksaan tamat pada jam 10.30pagi.

lebih kurang jam 11.00 pagi, ana dan sahabat ana(azym) bergerak ke Lenggeng untuk mengambil baju sejuk ataupun Jaket Hitam yang tertinggal sewaktu bermalam di Rumah Bilal masjid lenggeng. Angin pada pagi tu agak kuat, menyebabkan ana tidak begitu berani untuk memecut laju motor kesayangan tu. lebih kurang jam 11.18pagi, kami sampai dirumah Bilal. Setelah beberapa kali memberi salam dan mengetuk pintu rumah, kami beredar ke Rumah Pesuruhjaya PAS negeri sembilan. Disana, kelihatan isteri Bilal (rumah yang kami pergi sebentar tadi). Sahabat ana turun dari motor dan terus pergi kearah "kelompok" orang-orang dewasa sedang berbual untuk bertanyakan tentang jaket hitam yang tertinggal itu. Jawapan yang kami dapat agak menghampakan kerana jaket itu telah dibawa oleh seorang lagi petugas yang bertugas bersama-sama kami pada minggu lalu. jaket dah tak dapat, apa lagi yang kami mahu daripada rumah tu. Berlalu pergi dengan tangan kosong. Seperti tiada manfaat yang kami dapat daripada ekspedisi itu.(^_^). Sampai sahaja kekolej, kami bergerak terus ke kolej Food Court (KFC) kerana jam menunjukkan 12tgh hari.

Semasa solat zohor(berjemaah) disurau si-05, ana terperasan sesuatu yang memang ana kenai sangat. rupa-rupanya, pakcik yang mengimami solat zohor tadi tu adalah imam 3 Masjid Putra Nilai. Masa Ukhwah.com buat event majlis penutup di Masjid Putra Nilai, Ustaz inilah yang membantu untuk beberapa kerja. Nama ustaz ni, ustaz azahari. selesai solat, ana menegur ustaz dan tidak semena-mena ustaz mempelawa ana untuk makan tgh hari bersamanya. Mula-mula memang ana "hendak" menolak pelawaan ustaz tu. tapi bila difikirkan balik, x berapa manis la. jadi ana menemani ustaz untuk makan di (KFC). Sebelum pergi jauh, rupa-rupanya ustaz ni bekerja sambilan dikolej ini. Lebih kurang macam EF juga.Alhamdulillah... banyak input yang ana dapat sewaktu berbual panjang di Kolej Food court tu. antaranya berkenaan dengan perihal kolej ini sendiri, perihal kesihatan dan penjagaan badan, tentang nafsu manusia. memang banyak sampai tak teringat kesemuanya. (^_^). Dan pada pertemuan ini jugalah, ana dapat menyelesaikan satu perkara yang tertangguh. iaitu berkenaan denga ustaz yang akan menyampaikan ceramah Maulidurrasul di kolej kami. Alhamdulillah.


*tapi...ana rasa, ana dah semakin jauh dari Hidayah Allah s.w.t. kerana banyak buat kesalahan yang nyata salah. Kena muhasabah diri balik. Mesti tampal balik lubang-lubang yang bocor ni.

"kebaikan walau sebesar zarah akan dibalas, begitu juga dosa yang walaupun sebesar zarah, akan tetap dibalas".

Tiada ulasan: