Halaman

Rabu, 12 Mac 2008

Amar Makruf dan Nahi Mungkar (Bahagian 1)

Segala yang ditulis ini, adalah penyampaian semula semata-mata. Daripada membiarkan orang lain tidak membaca, lebih baik ana menyampaikannya kepada orang ramai. yang menulis akan dapat sahamnya diakhirat. insyaALLAH....


Antara dalil-dalil berkenaan dengan Amar ma’ruf dan Nahi Mungkar :

Firman Allah :

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar[217]; merekalah orang-orang yang beruntung.

(Surah Al-Imran ayat : 104 )

Firman Allah lagi :

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah Al-Imran ayat : 110 )

Firman Allah:

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. (Surah Al-Maa’idah ayat : 2 )

Firman Allah :

“Dan orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari mengerjakan mungkar. Mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka ini akan dirahmati Allah Ta’ala, sesungguhnya Allah itu Maha Kuat lagi Maha Bijaksana”. (Surah At Taubah ayat : 71 )

[217]. Ma'ruf: segala perbuatan yang mendekatkan kita kepada Allah; sedangkan Munkar ialah segala perbuatan yang menjauhkan kita dari pada-Nya.

Tiada ulasan: