Halaman

Rabu, 5 Mac 2008

Guna dakwat dibatal?.

(Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal pada kuku dalam pilihan raya umum 8 Mac ini)

Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, laporan keselamatan yang diterima SPR mendedahkan terdapat pihak tertentu di Malaysia telah membeli dakwat itu dari luar negara.

~Sumber : Utusan 5 Mac 2008~



PM Ulas tindakan SPR
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan cadangan menggunakan tanda dakwat kekal dikuku atau jari tangan pengundi pada pilihan raya umum sabtu ini bertujuan mengelakkan berlaku penganiayaan dikalangan pengundi berdaftar

~Sumber : Utusan 5 Mac 2008~



Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izin-Nya, masih lagi diberi peluang untuk menambah amalan untuk bekalan menuju negeri akhirat kelak.

Alhamdulillah kerana dengan keizinan-Nya, sekali lagi ana dapat menitipkan sesuatu didalam blog ini.

hhmm... memandangkan sekarang ini sedang hangat dengan "bahang" pilihan raya, maka suka untuk ana mencoretkan sedikit berkenaan dengan "suasana" pilihanraya dalam negara kita ini.

daripada petikan surat khabar diatas, apa yang antum dapat fikirkan?.
sudah semestinya, cara kita berfikir akan berlainan.

apa yang bermain difikiran ana adalah, adakah SPR sudah mula dipolitikkan (untuk kali yg ke berapa entah)?.
Mengapakah begitu senang (mereka2 yg berada dalam SPR) mengikut telunjuk orang-orang yang dahagakan KUASA?.
adakah kerana ada ganjaran?
atau
dimanakah pendirian mereka-mereka ini?

rasa2nya cukuplah setakat itu.
ana pun tidaklah begitu baik untuk menyatakan kesalah orang lain.

cuma ana minta,
Pilihan Raya Umum ke 12 ini adalah BERSIH dari segala "Kekotoran"


Ya Allah... kau bantulah pejuang-pejuang agamaMU Ya Allah. Berilah kemenangan kepada tentera Islam Ya Allah.... aamiinn..

Tiada ulasan: