Halaman

Jumaat, 7 Mac 2008

10 sebab rakyat mesti tolak BN

KEMPEN 4 (MEDIUM PILIHAN RAYA ANDA - 3 MAC 2008)


1. Politik BN makin kotor

cara orang BN berpolitik kotor. Ramai pemimpin BN mempunyai peribadi yang tidak bersih. Seperti Dr Rahman Ismail (skandal dengan isteri orang). Chua soi lek (skandal seks dalam hotel) atau Rahim Tamby Chik (kes budak bawah umur).

2. Harga petrol makin naik
kos pengangkutan naik, harga barang turut naik

3. Jenayah kian menjadi-jadi
Sejak BN dapat mandat 91 dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM tahun 2004, jenayah meningkat 43 peratus. Menurut laporan ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan jenayah sudah mencecah lebih 420,000 kes pada 2006.

4. Tol naik
Kutipan tol hingga hujung tahun 2006 adalah RM23,656 bilion, tidak termasuk subsidi atau pampasan kerajaan sebanyak RM38.5 bilion. Bayaran kepada pemilik lebuh raya sebanyak RM62.156 bilion. Kos pembinaan semula lebuh raya bertol RM18.930 bilion. Keuntungan mencecah RM43.226 bilion pada tahun 2006.

5. Banyak skandal rasuah
Skandal Port Klang Free Zone (PKFZ). Kerajaan sepatutnya boleh beli tanah PKFZ itu sebanyak RM10 sekaki tetapi memilih untuk membeli RM25 sekaki.
RM3 bilion duit hangus diberi kepada pemimpin MCA yang berselindung disebalik syarikat tersebut. Begitu juga dengan skandal komisen hampir RM1 bilion untuk kapal selam Scorpene dan jet Sukhoi.

6. Membazir wang rakyat
Jet peribadi Abdullah Ahmad Badawi berharga RM200 juta. Ubahsuai banggunan Matrade, kontraktor salah tapi rakyat tanggung kos RM120 juta. Projek kereta api ke Thailand, kos dari RM8 bilion naik RM12 bilion.
V Augusta RM500 juta tapi dijual hanya 1 euro. Pembatalan projek jambatan bengkok di Tambak Johor, pampasan hampir RM300 juta.

7. Kroni kenyang rakyat Lapar
Kemiskinan tegar
  • Sabah - 32,400 orang
  • Trengganu - 8,300 orang
  • Perak - 5,700 orang
  • Sarawak - 5,200 orang
  • Kedah - 5,000 orang
  • kelantan - 3,600 orang
8. Agama tergadai
Antara masjid dan surau dirobohkan dibawah kepimpinan BN ialah Masjid Bujai, Trengganu dan surau Al-Ijtimaiah di Kg Berembang, Ampang.

9. Bangsa tergadai
66,000 ekar tanah rizab melayu akan terjual kepada orang lain melalui projek ECER?. (rujuk The Edge daily 27 sept 2007 ).
BN mahu merampas Kelantan sedangkan nasib Melayu di Pulau Pinang semakin terpinggir. Nasib rumah orang melayu di setinggan habis dirobohkan tetapi penternak babi di Melaka dibiarkan.

10. Tanah air tergadai
Sistem kesihatan swasta hampir dikuasai warga asing dengan pembelian Pantai Holdings oleh Parkway. Begitu juga dengan Wilayah Pembanggunan Iskandar (WPI) memberi peluang kepada warga singapura menguasai perdagangan - disesuaikan dari tranungkite.net

Tiada ulasan: