Halaman

Jumaat, 7 Mac 2008

ko ni terlalu baik sangat la...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izin-Nya, masih lagi dapat menghirup udara bersih dan segar diatas muka bumi ini. Dapat melihat keindahan dunia yang fana' ini hasil ciptaan tuhan yang Maha Agong lagi Maha Berkuasa.

masa tidak begitu mengizinkan untuk ana menitipkan sesuatu didalam blog ana ini. Ana cuba juga untuk mengeluarkan idea yang diperolehi semasa keluar kekedai sebentar tadi.

Ana ingin bercerita sedikit pengalaman ana dicop sebagai "terlalu extreme beragama".

Ana pun ingat-ingat lupa kisah ni.

kalau tidak salah ana, mendapat cop ni sewaktu baru sahaja mendapat "ruh" Islam yang sebenar lantaran daripada "Medium" hidayah Allah SWT iaitu belajar di Matrikulasi Kampus PTPL Shah Alam.

Memang ana tidak nafikan, sewaktu baru sahaja mendapat "ruh" Islam yang sebenar tu ana memang nak berubah 100% (on the spot). Memang segala-galanya nak berubah masa tu, dari segi penampilan, pergaulan dan yang paling jelas adalah dari segi pertuturan. Kawan-kawan yang berada berhampiran dengan ana turut merasainya bahkan ada juga yang makin menjauhkan diri dari ana kerana mengangap "terlalu extreme beragama".

Sampai pada satu tahap, ada orang mengatakan pada ana "ko ni terlalu baik sangat la, buat la jahat ckit2". (ko ingat apa ha, buang dosa tu macam buang nyamuk hinggap je ke?? ) dalam fikiran ana sewaktu dia berkata sedemikian.

Kalau dulu, ana selalu juga bercakap dan bergaul dengan perempuan ni (tapi masih ada batas , sbb ana memang pemalu dari dulu), tapi selepas sahaja mendapat "ruh" Islam itu ana berubah habis. Sampaikan nak berbual dengan kawan-kawan biasa pun jarang sungguh. Masa tu, ana dapat lagi satu label baru (sombong dan ingat baik sangat ke).

Banyak sungguh yang ana pelajari dan fahami telatah manusia diatas muka bumi ini. dari yang baik, sampai kepada yang tidak baik dan akhir sekali sampai kepada yang pura-pura baik (seperti perangai munafik). ---> tapi ana tidak melabelkan sesiapa dengan label kafir dan munafik. HARAP MAKLUM.

Sampailah pada satu tahap....

Rupa-rupanya memang banyak sungguh yang perlu ana pelajari dari hubungan dengan Allah sampai la kepada hubungan sesama manusia. Jadi ana perbaiki lagi mana yang (ana sendiri) rasa kurang. Kalau dulu ana dah semakin kurang bergaul dengan budak-budak nakai, sekarang ni ana rasa ianya memang satu keperluan juga. Disamping dapat mengeratkan lagi hubungan sesama manusia, kita juga boleh berda'wah pada mereka.

Kalau masa tu, ana rasa kena fokus pada study sahaja kerana menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim, sampaikan ana abaikan keadaan sekeliling ana. Sekarang ana dah nampak kelebihan "melihat" dan "berfikir" diluar KOTAK. Memang ana perlu mengetahui isu-isu semasa dan juga ilmu-ilmu yang selain daripada "jurusan" yang ana ambil. dengan itu barulah ilmu yang kita dapat adalah "pelbagai".

kalau dulu, ana tidak suka kawan dengan orang-orang yang mulut tidak boleh nak jaga ni. tapi sekarang ni, insyaALLAH...boleh tahan. kerana ada guna juga mereka-meraka ini. Kita dapat mengetahui kelemahan dan kesalahan diri kita yang selama ini (mungkin) tidak diceritakan oleh kawan-kawan rapat kita(mungkin kerana mereka tidak sampai hati). Masa tu, barulah tau yang kita ni memang banyak kelemahan dan memang perlu banyak teguran dan nasihat daripada orang lain.


Tapi.....

Satu je yang daripada dulu sampai la sekarang, ana tidak akan mengalah dan berubah....

ISLAM IS THE WAY OF LIFE

VOTE FOR PAS!!!

TAKBIR!!!

ALLAHUAKBAR!!!

Tiada ulasan: