Halaman

Khamis, 20 Mac 2008

AKu Cuba Untuk Merindui mu....




Tepat jam 12 malam menandakan masuk pada tarikh 20 mac 2008.
apa yang kita sedia maklum berkenaan dengan tarikh ini, adalah tarikh bagi kita menyambut hari kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. 12 Rabiul Awal tahun Gajah.

aku malu bila mana, setiap blog yang ku lawati, mereka akan bercerita sikit mengenai Rasulullah. tak kiralah berkenaan dengan diri baginda ataupun sahabat-sahabat yang rapat dengan baginda.
sekurang-kurangnya meraka tahu dan mengambil tahu serba sikit berkenaan dengan perjalanan insan teragung sepanjang zaman ini.

tapi aku??

apa yang aku tahu??

boleh kata, semua aku tak tahu.

teruk sungguh diri ku ini.
kata nak ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
tapi... cerita-cerita Rasulullah s.a.w. yang senang pun tak leh nak tau ataupun ingat.


Malu rasanya mengatakan cinta....
kepada dia kekasih Allah....
kerana dia insan mulia....
sedangkan diriku.... insan biasa...


Selawat dan salam ditujukan khas kepada Nabi Muhammad s.a.w. , keluarga baginda...serta sahabat-sahabat baginda.

~Aku inginkan syafaat mu diakhirat kelak~

Tiada ulasan: