Halaman

Rabu, 5 Mac 2008

Tidak sanggup lagi…

Bahang pilihanraya semakin hampir. Para petugas SPR sudah dipersiapkan dengan latihan dan mungkin juga dengan persiapan dalaman barang kali?. Siapa tahu. Begitu juga dengan jentera pilihanraya bagi parti masing-masing. Yang akan menjadi “police agent” telah diberikan kursus yang sepatutnya untuk persediaan hari mengundi, bendera-bendera telah bergantungan disetiap kawasan yang akan ditandingi dari setiap parti. Suasan memang semakin meriah dengan debaran menunggu 8 Mac 2008.

Ana difahamkan pilihanraya kali ini adalah yang paling kotor. Dengan “kerakusan” kekuasaan dari pihak tertentu untuk terus kekal memegang tampuk pemerintahan pada penggal akan datang adalah antara penyebab pilihanraya pada kali ini akan mencatat sejarah sebagai yang paling kotor. Untuk itu, ana berharap SPR mestilah telus dan BERSIH dari sebarang tindakan “KOTOR” iaitu menyebelahi mana-mana parti. Ini sudah tentu menjejaskan reputasi SPR sebagai badan berkecuali yang hanya ditugaskan untuk mengendalikan pilihanraya secara telus.

Mungkin kita sudah lupa dengan keadaan Negara sebelum “di hangatkan” dengan isu pilihanraya. Iaitu berkenaan dengan isu “Negara kita dah semakin tak selamat” dengan kes-kes kehilangan budak-budak, remaja dan juga termasuk orang dewasa. Dewasa ini, perkara ini menjadi-menjadi didalam Negara ini Cuma ianya tidak diperhrbahkan oleh media. Kerana apa ana bercakap kembali perkara ini, sudah tentulah ada sebabnya. Semalam “kami” telah dipertontonkan dengan Video yang mana kandungan video itu memang boleh membongkar “rahsia” yang selama ini “ramai” tertipu dengan lakonan daripada pihak yang dahagakan Kuasa. Pembongkaran demi pembongkaran daripada pihak yang merasakan ianya perlu dilakukan untuk Negara Malaysia ini juga.

Dan diakhir video itu diselitkan juga dengan gambar budak-budak yang telah “diperlakukan dengan teruk” seperti adik syarlinie dan ramai lagi. Ana tersentak dengan video itu dan baru tersedar kembali bahawa “Negara tercinta” kita sekarang ni sudah tidak selamat. Oleh itu ana minta pada semua rakyat Malaysia untuk melihat masa hadapan. Jangan hanya melihat pada kesenangan yang sementara ini. Ianya untuk kebaikan generasi akan datang juga.

Kalau dulu, pihak polis sangat mementingkan keselamatan Negara ini dengan banyak “fokuskan” kerja pada jenayah-jenayah berat dan perkara-perkara yang ‘remeh” tidak diambil peduli sangat. Tetapi sekang ni sudah ada kelainannya dari segi “kerja” yang dilakukan oleh pihak polis. Ana sedih sebagai seorang rakyat Malaysia kerana apa yang ana nampak, polis lebih banyak memantau perkara-perkara yang remeh sedangkan banyak lagi jenayah-jenayah berat yang masih belum dapat diselesaikan oleh mereka. Rasanya tidak perlu ana katakan dengan lebih terperinci berkenaan dengan apa yang ana lontarkan tadi, cukup sekarar itu untuk pengetahuan semua.

Kalau dulu ana begitu “respek” pada pihak polis kerana kerja-kerja yang mereka lakukan untuk Negara Malaysia tercinta ni adalah yang terbaik dan terikhlas. Tapi sekrang ni, polis telah dipolitikkan oleh mereka-mereka yang dahagakan kuasa. Hhmm….. sejauh manakah kita memikirkannya, itu terpulang pada diri masing-masing.

CUKUPLAH……CUKUPLAH setelah apa yang berlaku saban hari ini. AKU sudah tidak ada kekuatan lagi untuk mendengar…melihat…. Apa yang berlaku disekeliling ku.

Tiada ulasan: