Halaman

Rabu, 19 Mac 2008

Amar Makruf Dan Nahi Mungkar (Bahagian 3)




*bukan tulisan dan penulis asal. ini adalah penyampaian semula dari ana.



Hukum Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar

Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah suatu perkara yang dituntut dalam Islam. Ia merupakan suatu kewajipan agama yang pasti dilakukan oleh orang perseorangan, jamaah atau pemerintah. Hal ini adalah dipetik daripada kitab Allah Ta’ala dan Sunnah RasulNya. Antara lainnya firman Allah Ta’ala :


Maksudnya;


“Dan hendaklah ada dari golongan kamu (orang-orang mukmin – jamaah atau perseorangan) yang menyuruh kepada kebaikan, menyuruh melakukan yang ma’ruf dan melarang dari melakukan yang mungkar dan mereka itulah yang mendapat kejahatan.”


Mengikut Ibnu Al-Arabi bahawa ummah itu bermakna jamaah atau orang perseorangan yang menjalankan dakwah kejalan kebenaran. Dan di antara lain juga, Nabi SAW pernah bersabda:


Maksudnya;


“Sesiapa dari golongan kamu yang melihat perkara mungkar hendaklah ia cegah dengan tangannya, maka jika ia tidak mampu, hendaklah dicegah dengan perkataannya, dan jika ia tidak mampu dengan perkataan, maka hendaklah ia mencegah dengan hatinya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.”


Berdasarkan firman Allah Ta’ala dan Sabda Junjungan SAW yang diutarakan itu, maka ulama’ muslimin di zaman silam telah membuat kesimpulan bahawa Amar ma’ruf dan Nahi Mungkar merupakan Fardhu ‘Ain kepada kerajaan.


Oleh kerana itu Umar bin Al-Khatab r.a. semasa menjadi khalifah, beliau sendiri yang memikul amanah ini. Beliau dikatakan banyak meronda diwaktu malam dan siang hari untuk tujuan tersebut.


Tetapi Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar menjadi Fardhu Kifayah kepada masyarakat muslimin sekiranya jika ada seorang atau segolongan dari kalangan mereka yang menjalankan kerja itu, maka gugurlah dosanya dari masyarakat seluruhnya.


Kadangkala mengikut pendapat Ibnu Al-Arabi bahawa menjadi Fardhu ‘Ain juga kepada orang perseorangan apabila seseorang itu mengetahui jika ia berbuat demikian akan berlakulah perkara Ma’ruf dan terhapuslah perkara yang mungkar.

Tiada ulasan: