Halaman

Khamis, 13 Mac 2008

Berjumpa lagi di Semester yang akan datang.

Assalamualaikumwarahmatullah..w.b.t.

salam perjuangan dan ukhwah dari ana untuk sahabat-sahabat sekalian. Alhamdulillah...setelah hampir 3 bulan keringat dan tulang empat kerat dikerah, akhirnya sampai ke penghujung semester pada kali ini. Setelah tamatnya semester ini, maka semakin dekatlah detik-detik kenangan akhir ana berada diKolej Legenda Darul Hikmah ini.

Setiap yang bermula, pasti akan berakhir. Kerana jika tiada pengkahiran, tidak molek dan tidak sempurna sesuatu perkara itu. Yang hidup akan mati, yang muda akan menjadi tua akhirnya. Perjalanan hidup ini memang akan menemui penghujungnya. Cuma saat dan ketikanya sahaja belum muncul lagi.

Alhamdulillah... kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara segar di muka bumi ini. Masih lagi diberi kesempatan untuk memperbanyakkan amalan sebelum berangkat ke negeri akhirat. Manusia memang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan yang kadang-kadang, kesilapan itu baru sahaja dirinya kesali dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Oleh kerana manusia itu mempunyai nafsu ditambah lagi dengan hasutan syaitan, maka dengan senang sahaja dirinya dibawa pergi ke alam "khayalan" yang dirinya sendiri sahaja yang dapat merasainya. Manusia...manusia... sudah lupakah kamu peristiwa semasa kamu berada dialam roh??. apakah kamu lupa tentang perjanjian kamu dengan Allah swt dialam roh?. Berjanji untuk menyembah Allah swt iaitu membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Kasihan...kasihan pada manusia-manusia yang lalai dengan dunia yang fana' ini. termasuklah diri ana sendiri yang kadang-kadang lalai dan leka dengan kenikmatan dunia.

cukuplah sekadar itu untuk peringatan bersama.

Sahabat-sahabat ku sekalian,
marilah sama-sama kita berusaha memperbaiki diri kita daripada kejahilan kepada lebih berilmu. tak kiralah ilmu duniawi ataupun ilmu agama. yang penting, setiap amalam itu adalah dengan niat.

Sahabat-sahabat ku sekalian,
Adakah kita berpuas hati dengan hari-hari yang telah kita lalui?. adakah dengan semua itu kita sudah berasa "cukup"?. kalau makanan sedikit, sudah tentu kita tidak berasa puas hati dan mahu menambah lagi. fikir-fikirkan lah....

Perjalanan kita sebagai seorang Mahasiswa masih jauh.
Tabahkan hati...
kuatkan keazaman...
Zahirkan kecekalan..

untuk menempuh Semester yang akan datang...

sekian dari ana, mohamad

wassalam....

Tiada ulasan: