Halaman

Ahad, 9 Mac 2008

Pondok panas

Setelah berbulan-bulan petugas-petugas setiap Parti politik mejalankan kerja masing-masing, dan tibalah waktu yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia Amnya dan Ahli-ahli yang menyokong Barisan Alternatif khususnya iaitu Pilihan Raya Umum kali ke 12. Ana sendiri termasuk dalam golongan yang memang menanti kedatangan PRU ke-12 ini. Setelah lebih kurang 4 tahun kerajaan Barisan Nasional memerintah negara dalam keadaan banyak yang lemah daripada yang mengembirakan rakyat itu sendiri.

Alhamdulillah...tamat sudah PRU ke-12 setelah jam menunjukkan pukul 5ptg. walaubagaimanapun, ada juga tempat2 yang PRUnya lain dari yang lain(ana kurang pasti dimana).


Bermula dari awal pagi, kami (di DUN lenggeng,, negeri 9) menunaikan solat subuh berjemaah dimasjid yang memang berdekatan dengan Markas PAS Lenggeng. Alhamdulillah setelah selesai solat, kami bermuhasabah sebentar dan berpecah. Ada yang terus bergerak ke "Pondok panas" dan ada juga yang bergerak ke Markas untuk taklimat terakhir. Ana termasuk dalam group yang bergerak ke Markas PAS Lenggeng. Disana, kami menjamah dahulu sarapan pagi sebagai alas perut untuk bekerja nanti. Alhamdulillah rezeki kami pada pagi tu adalah mee goreng dan cucur udang. Setelah selesai, dalam jam 7.15pagi kami berpecah ke "pondok panas" masing2 iaitu Lenggeng, mendom, dacing dan juga ulu beranang. Ana ditempatkan di Lenggeng.

Sampai sahaja di tempat yang ditetapkan, kami mendirikan khemah(canopy) yang boleh memuatkan 10 orang dalam satu masa (kecil sahaja). Kami dapat menyiapakan khemah sebelum jam 8 pagi dan tepat sahaja jam 8, pondok sudah boleh beroperasi. Untuk menampakkan khemah itu milik PAS, kami menghiasnya dengan bendera, belon, kipas tangan, botol air dan juga poster calon PAS Lenggeng. Dalam masa kami menjaga pondok panas, tiada perkara buruk yang berlaku. Cuma.... masa mula-mula pengundian berlaku, ada petugas BN yang cuba untuk meraih undi melebihi had jarak yang dibenarkan. TERUK SUNGGUH!. Memandangkan ana dan muslimin2 di pondok panas tu memakai T-Shirt PAS, maka kami tidak dapat untuk mendekati tempat pengundian itu. Maka, Muslimat PAS yang bertindak. hehe...bukan calang-calang Muslimat yang pergi menegur perbuatan petugas BN tu. Selepas mengadu pada (polis) yang menjaga tempat pengundian pada masa tu, petugas tu tidak berani lagi untuk mendekati tempat pengundian. (Baru dia tahu kehebatan Muslimat PAS).

Dalam masa menjaga "pondok panas" tu, sempat lagi Kami bertukar-tukar tempat menjaga. Ada yang dari kawasan dacing bertukar dengan kawasan mendom. ada yang dari Lenggeng, bertukar kawasan dengan ulu beranang, Broga. Ana tidak berkesempatan kerana ditugaskan untuk "detect" pengundi "diragui" dengan menggunakan Laptop(yg telah di install maklumat2 pengundi) ana sendiri. Disebelah petang barulah ana ada peluang untuk menjenguk sebentar kawasan mendom dan sungai Jai.

Sepanjang kami menjaga "pondok panas", sambutan dari orang yang lalu lalang memang agak baik.

Setelah jam menunjukkan 5ptg, pintu pagar untuk mengundi telah ditutup dari orang ramai untuk mengundi. Kami masih lagi menunggu di "pondok panas" sehingga jam 6ptg. Akhirnya, kami mengemas tempat tu dan balik ke Markas PAS Lenggeng. Di Markas, petugas-petugas yang telah selesai menjalankan tanggungjawab berkumpul untuk menantikan keputusan PRU ke-12 ini. Satu persatu keputusan tempat mengundi (DUN Lenggeng) sampai kepada pengetahuan kami. Mula-mula keputusan yang diterima adalah mengembirakan kami, tetapi apabila datang keputusan2 yang lain menyebabkan kami "dapat agak" keputusannya. Walaupun begitu, hati-hati ini masih lagi tetap dengan perjuangan.... insyaALLAH. Dalam keadaan yang agak sedih tu, kami cuba untuk bertanyakan keadaan ditempat lain. Dan sejak dari detik itulah.... tempat kami berkumpul(Markas PAS Lenggeng) menjadi semakin riuh dengan laungan TAKBIR dari kalangan kami apabila satu persatu berita yang kami dapat. bermula dengan kelahan teruk BN(yg ingin mencuba nasib di Kelantan), kekalahan BN di pulau pinang...di Taiping...di Shah Alam...di Titiwangsa dan Lembah pantai. Banyak juga sampaikan ana pun yang tadi "agak kecewa" telah berubah semangat menjadi tak tentu hala. Naik bulu roma bila laungan memuji kebesaran Allah bergema di Markas tersebut.

Ana tidak dapat bertahan lama, badan dah semakin lemah kerana dari malam semalam tidak cukup rehat memikirkan PRU ke-12 ni. hehe...entah kenapa ana pun tidak dapat nak menyatakannya. Ana dan rashid(junior) balik ke Mantin menaiki motor dalam keadaan semangat berkobar-kobar dengan kemenangan yang diluar jangkaan ini. Alhamdulillah....


Yang pastinya, Parlimen akan bertukar wajah.....daripada sepi menjadi hidup
daripada "pak turut" menjadi paling latang



Kita jangan terlalu gembira dengan kemenangan ini. Muhasabah diri kita balik. Banyakkan bergantung harap pada Allah. Semoga Negara ini akan menjadi aman dan kebajikan rakyat terjamin. insyaALLAH....

ISLAM....dulu....kini.....dan selamanya....

Tiada ulasan: